usulluddin

PERBEDAAN PENGHAYATAN TAUHID
 
Menyingkap Perbezaan Penghayatan Tauhid Antara Golongan Awam,  Ulama Zhohir dan Ahli Sufi

Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.(Surah Yusof:106)

Seorang tokoh sufi terkemuka Al-Junaid Al-Bagdadi menyimpulkan bahawa majlis yang paling mulia dan paling terhormat ialah majlis yang terdapat di dalamnya perbincangan mengenai bidang Tauhid.
Hujjatul Islam Imam Ghazali menyokong kenyataan di atas dengan catatannya sebagaimana berikut;
Orang-orang yang mempunyai Ilmu Tauhid ini adalah yang paling utama di antara ulama-ulama lain.  Sebab inilah Allah Taala menyebut mereka ini secara istimewa pada tingkat yang tertinggi sebagaimana firmannya yang bermaksud:
"Allah telah terangkan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia yang berdiri dengan keadilan dan disaksikan oleh malaikat dan ahli-ahli ilmu."(Surah Al-Imran, ayat 18).
Oleh itu ulama-ulama Ilmu Tauhid secara umumnya adalah Nabi-nabi, selepas mereka barulah ulama-ulama yang menjadi ahli waris Nabi-nabi".
Tetapi apakah sebenarnya Tauhid itu?
Bicara ini cuba mengajak saudara-saudaraku berkenalan secara yang agak kristis hal-hal yang berkaitan dengan Tauhid ini,   pengilmuan dan pemahamannya mengikut beberapa golongan manusia beriman;  sikap dan perbezaan penghayatan golongan-golongan tersebut berbanding dengan pendekatan ahli-ahli sufi...insya Allah..
Dari aspek bahasa,  sebagaimana yang dijelaskan oleh A-Jurjani serta juga yang dicatatkan oleh Al-Qusyairi,
Tauhid itu adalah "SATU" serta mengetahui pula tentang satunya sesuatu itu.
Al-Tahanawi menjelaskan bahawa;
  • Tauhid itu dari segi bahasa ialah menjadikan i'tiqad tentang Keesaan Allah.
  • Manakala pada pandangan golongan sufi pula ia merupakan suatu "makrifat" tentang Keesaan Allah yang tetap bagiNya sama ada dalam hubungan dengan azali atau hadas(baru).
Melalui keterangan dan penjelasan beberapa pemuka ulama di atas,  nyatalah bahawa Tauhid itu
  • merupakan suatu pegangan,
  • pengilmuan dan
  • sesuatu yang bersabit dengan penghayatan tentang pengesaan  dan Keesaaan Allah Taala.
Pegangan bagaimanakah yang dikehendaki sebenarnya?
Ilmu apakah yang dimaksudkan?
Bagaimanakah rupa wajah Keesaan yang perlu dihayati?
Yang nyata daripada definisi Tauhid di atas,  seolah-olah wujudnya pembahagiaan terhadap Tauhid berasaskan golongan mana yang memperkatakannmya.  Ini adalah kerana pegangan,  kedalaman ilmu dan wajah-wajah penghayatan antara beberapa golongan manusia adalah berbeza-beza mengikut kadar kesedarannya pada maksud beragama dan maksud Keesaan Ketuhanan
  • Terdapat di satu pihak apa yang dikatakan sebagai Tauhid Al-I'tiqad iaitu yang diperkatakan oleh kalangan ulama.
  • Manakala di satu pihak lagi sebagai Tauhid Al-Makrifat yang diperkatakan oleh Ahli Sufiah.
Untuk melihat lebih jauh pembahagiaan Tauhid ini,  bolehlah diperhatikan sudut pandangan Al-Junaid Al-Bagdadi yang mengatakan;
Ketahuilah bahawa Tauhid di kalangan manusia terbahagi kepada empat jenis;
  • Pertama Tauhid golongan awam;
  • Kedua,  Tauhid golongan yang mahir dalam ilmu-ilmu keagamaan yang zhohir;
  • dan dua jenis lagi ialah Tauhid Al-Khowas yang lahir daripada golongan Ahli Makrifat.
Seorang tokoh sufi yang lain,  Yusof ibn Al-Husayn membahagikan Tauhid kepada tiga kategori;  iaitu lebih kurang sama dengan apa yang diperkatakan oleh Al-Junaid.
  • Pertama,  ialah apa yang diistilahkan sebagai Tauhid Al-Ammah
  • Kedua,  Tauhid golongan yang mantap dengan ilmu keagamaan yang zhohir dan
  • Ketiga,  ialah Tauhid al-Khossah.
Tidak hairanlah kita akan menemui pembahagian Tauhid ini seperti yang tercatat dalam Kitab Kasful Asror sebagaimana berikut;
"Adapun orang yang mengatakan(memahami) kalimah Tauhid itu atas tiga bahagi iaitu;
  • Martabat orang Mubtadi,
  • Martabat orang Mutawassit dan
  • Martabat orang Muntahi"
Sudut-sudut pandangan sebagaimana yang diketengahkan di atas,  secara jelas  memperlihatkan wujudnya pembahagian yang berbeza sekitar pegangan,  darjah keilmuan,  pengalaman beragama  dan penghayatan Tauhid,  yang pada umumnya boleh dibahagikan kepada dua kategori yang utama;
  • Pertama,  Tauhid yang bersifat zhohir yang dipegang dan dihayati oleh golongan awam dan orang yang mantap dalam bidang-bidang ilmu keagamaan yang zhohir, dan
  • Keduanya, Tauhid Al-Khowas dan Al-Khossah yang dihayati  oleh kalangan ahli sufi..
Berhubung dengan Tauhid yang bersifat zhohir,  maka dapatlah diperhatikan bahawa ia merujuk kepada suatu kategori i'tiqad terhadap kewujudan Keesaan Allah dan pengertian membezakan Allah daripada seluruh makhluk ciptaanNya dari aspek Zat,  pelbagai Sifat dan pelbagai Afa'alNya.  Ini memaknakan bahawa bahawa seseorang sudah melaksanakan Tauhid bila mana ia telah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat
  • Wujud
  • Qidam,
  • Baqa,
  • Qiyamahu binafsih(berdiri dengan sendiri)
  • Ilmu
  • Hayat
  • Qudrat
  • Iradah yang mutlak
  • Penghidup
  • Pendengar
  • Pelihat
  • Pekata,serta
  • lain-lain sifat Kesempurnaan yang layak bagi Allah;
  • dan sekaligus pula menyifatkan makhluk ciptaan Allah dengan sifat-sifat lain yang baharu(hadis),
    • berubah,
    • berakhir,
    • fana serta
    • lain-lain yang layak bagi makhluk.
Inilah sebenarnya apa yang terkandung dalam Mukholafatahu Taala Lil-Hawaadis.  Ia merupakan apa yang diistilahkan sebagai tanzih,  kerana pemusatan perbicaraan adalah di sekitar pengertian kesatuan dalam i'tiqad Ketuhanan,  iaitu suatu usaha pembersihan Allah daripada sesuatu yang tidak layak pada Allah di samping persamaan dan keserupaan pada seluruh sifat-sifat yang dimiliki oleh makhluk.
Di dalam memahami dan menghayati pegangan sebenar maksud Ketuhanan,  wujud pula perbezaan di kalangan individu dalam golongan ini.  Yang awam dengan kefahamannya sendiri sehingga langsung berpuas hati sekadar apa yang diluluskan oleh syarak.  Mereka tidak mampu menterjemahkan dalam kehidupan seharian,  jauh sekali untuk menghayati makna Ketuhanan dengan mendatangkan dalil-dalil akli dan naqli.  Tanpa sedar mereka terjerumus ke dalam I'tiqad-i'tiqad yang salah,  mempersektukan Tuhan tanpa sengaja sehingga secara terang-terangan terjelma dalam bentuk pengucapan dan tindak-tanduk mereka.  Inilah golongan yang menafikan "Ma'bud" yang lain dengan mengisbatkan Allah sebagai sebenar-benarnya Tuhan;  tetapi dalam masa yang sama mendirikan sifat-sifat Ketuhanan pada makhluk.  Ada lagi yang lebih parah mengi'tiqadkan Ma'bud yang dinafikan dalam kalimah Syahadah ialah menafikan  tuhan-tuhan seperti berhala,  api,  matahari,  bulan dan sebagainya;  sedangkan bukanlah begitu yang sebenarnya mengikut perkiraan ulama-ulama Mutakallimun.
Dengan kata lain,  pada satu pihak,  golongan awam ini telah sedar dan percaya kepada wujudnya Allah,  tetapi pada pihak yang lain,  mereka masih meraba-raba dalam menghayati maksud Ketuhanan seperti yang sebenarnya.  Mereka tidak punya ilmu dan kefahaman tentang Ketuhanan ini sebagai yang dikehendaki oleh ulama Mutakallimun.
Golongan Mutakallimun meneroka dengan keupayaan akal fikiran mereka mengkaji dan menyelidiki dengan lebih jauh akan makna Ketuhanan ini.  Dengan menetapkan hukum akal,  hukum adat dan hukum Ketuhanan,  perbahasan tentang makna Ketuhanan ini dikupasi sehingga lahirlah berbagai-bagai istilah dan idea yang mengajak manusia untuk sama-sama mentahqiqkan kefahaman mereka dengan dalil-dalil yang jelas dan nyata berdasarkan Akli dan Nakli.   Mereka bebaskan pemikiran mereka dari t'tiqad-i'tiqad yang tidak sebenar dan pemahaman-pemahaman yanga terseleweng.  Mereka hayati pegangan dan kepercayaan mereka dalam kehidupan mereka sehingga ianya terjelma dalam percakapan dan tindak-tanduk mereka sebagai seorang yang ahli dan alim dalam Ilmu Kalam atau Ilmu Usuluddin.
Bagaimanapun dari sudut pandangan sufi,  terdapat sedikit perbezaan antara tanggapan dan penghayatan Tauhid di kalangan muslim awam dan kalangan yang mahir dalam ilmu-ilmu keagamaan yang zhohir;  meskipun kedua-dua kalangan tersebut masih sama-sama berada pada paras yang zhohir.  Hal ini dapat dimengertikan dengan jelas bila diteliti sudut pandangan Sheikh Junaid Al-Bagdadi sebagaimana berikut;
"Adapun Tauhid golongan awam adalah merupakan pengingkaran tentang keesaan Allah dengan
  • penyingkiran pandangan terhadap pelbagai Tuhan yang lain,
  • bandingan,
  • lawan,
  • kesamaan dan
  • keserupaan denganNya;
  • berserta dengan tidak melakukan apa-apa terhadap pelbagai tekanan dalam bentuk kemahuan dan ketakutan daripada pihak yang lain daripada Allah.
Tauhid jenis ini memiliki ukuran kemujaraban selama mana ikrar masih kekal.
Adapun Tauhid di kalangan orang yang mantap keilmuaan zhohir merupakan pengikraran tentang Keesaan Allah dengan menyingkirkan
  • pandangan terhadap pelbagai Tuhan(yang lain),
  • bandingan,
  • lawan,
  • kesamaan,
  • dan keserupaan denganNya;
  • bersama melaksanakan perintah dan berhenti daripada melakukan yang dilarang pada aspek yang bersifat zhohir....."
Nyatalah bahawa perbezaan tertumpu pada aspek sikap,  di mana golongan awam bersikap pasif,  sedangkan golongan yang satu lagi bersifat lebih aktif.
Seterusnya jika mendekati secara langsung untuk melihat sudut pandangan para ahli Sufi berhubung dengan kategori Tauhid yang sedang dibicarakan,  maka dapatlah dijelaskan bahawa umumnya dari aspek pegangan para pemuka kaum sufi telah membina kaedah di atas asas yang betul dalam hal yang berhubung dengan Tauhid.  Mereka menjaga rapi akidah mereka daripada sebarang unsur bida'ah.  Mereka berpegang dengan apa yang dipegang golongan Al-Salaf dan Ahli Sunnah mengenai Tauhid yang tidak ada unsur penyamaan Allah dengan segala yang baru;  dan tidak pula menafikan sifat-sifat yang dimiliki oleh Allah.  Mereka mengiktiraf makhluk yang wujudnya berasal dari tiada.
Golongan sufi sepakat mengatakan bahawa Allah itu
  • Satu,
  • Tunggal,
  • Maha Esa,
  • Qadim,
  • Maha Mengetahui,
  • Maha Mendengar,
  • Maha Melihat,
  • Maha Pengasih,
  • Maha Penyayang,
  • Maha Berkehendak,
  • Maha Bijaksana,
  • Berkata-kata,
  • Maha Pencipta.
  • Mereka menyifatkan Allah dengan setiap Nama yang Allah sendiri menamakan diriNya.  Allah sentiasa Qadim dengan segala Nama dan SifatNya,
  • Tidak menyerupai makhluk dari mana sudut sekalipun;  Zat dan SifatNya,
  • Tidak menyerupai zat dan sifat yang selain daripadaNya;
  • Sedikitpun unsur kemakhlukan yang bersifat Hadis(baru) tidak ada padanya.
  • Allah sentiasa mendahului dan terkedepan dengan segala sesuatu yang bersifat Hadis;
  • Selain dariNya tidak ada apa yang bersifat Qadim;
  • Tuhan lain daripadaNya juga adalah tidak ada.
  • Allah itu bukan jisim,  bukan bentuk,   bukan rupa,  bukan jauhar dan bukan 'aradh.
  • Dengannya tidak ada percantuman dan tidak ada perceraian,  tidak ada diam,  tidak ada gerak,  tidak berkurang dan tidak bertambah;
  • Tidak dikuasai oleh lalai dan lupa;
  • Tidak pula diingkari oleh waktu;
  • Tidak juga boleh ditentukan menerusi isyarat;
  • Tidak tertakluk oleh ruang dan waktu;
  • Allah juga tidak boleh disentuh dan dipisah-pisahkan;
  • Tidak menempati sesuatu tempat;
  • Tidak boleh dicapai oleh pemandangan.
Menerusi unsur-unsur pengithbatan di satu pihak dan penafian di pihak yang lain,  sebagaimana yang disepakati oleh ahli-ahli sufi seperti di atas,  maka terserlahlah secara jelas unsur mukholafatahu Taala lil hawaadis.
Dasar mereka tetap sama sebagaimana golongan-golongan tersebut.  Ini dapat kita  lihat pada pandangan ahli-ahli sufi terhadap kategori Tauhid yang bersifat zhohir.
 Al-Husyan ibn Mansur Al-Hallaj ada berkata;
"Hukumkanlah bahwa makhluk semua adalah Hadis,  kerana keqadiman adalah untuk Allah sahaja"
Tauhid itu murujuk kepada pengetahuan engkau bahawa kekuasaan Allah di dalam semua benda(adalah bentuk).  Dia tidak menempati benda-benda,  bukan dengan pengantaraan alat-alat tertentu;......tidak ada pentadbir lain selain daripada Allah di langit yang tinggi dan di bumi yang rendah.  Bagaimanapun juga waham engkau cuba menggambarkjanNya,  maka Allah adalah berbeza daripada segala itu.
Tauhid ialah keteguhan hati mengithbatkan ketiadaan ta'til,  serta mengingkari tashbih.  Tauhid itu dari segi bahasa ialah satu; dengan kerana itu setiap apa yang tergambar dalam waham dan fikiran,  maka Allah tentunya berbeza daripada semua itu,  kerana Allah ada berfirman yang bermaksud;
"Tiada sesuatupun yang Menyerupai(sebanding dengan Zat,  Sifat dan Af'al]Nya,  Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat (Al-Syura:11)
Jaafar al-Shodiq ada berkata,
"Sesiapa pun yang menyangka bahawa Allah berada di dalam sesuatu atau terdiri daripada sesuatu atau berada di atas sesuatu,  maka sesungguhnya dia telah syirik;  kerana andainya Allah berada di atas sesuatu bermakna Allah adalah mahmul.  Sekiranya Allah berada di di dalam sesuatu memaknakan Allah adalah mahsir;  kalau Allah itu terdiri daripada sesuatu,  memaknakan itu muhadas.
Malah dalam hubungan dengan Tauhid ketegori zhohir ini,  kalangan ahli sufi seperti mana yang dinyatakan oleh 'Afifi misalnya,  adalah tidak memperkatakan lebih daripada apa yang banyak diperkatakan oleh kalangan Mutakallimin.  Pada peringkat Tauhid ini,  kalangan ahli sufi sebagaimana juga kalangan Mutakallimin adalah bersandar kepada beberapa dalil yang jelas dan tidak menerima sikap taqlid.  Hal ini ternyata daripada apa yang diperkatakan oleh salah seorang tokoh sufi abad keempat hijrah,  Abu Muhammad Al- Jariri di mana beliau antara lainnya ada mengatakan;
"Barangsiapa yang tidak menegakkan ilmu Tauhidnya dengan bukti-bukti yang jelas akan terjatuh ke dalam kebatilan dan jurang kebinasaan".
Pendapat Al-Jariri ini disokong oleh Al-Qusyairi sebagaimana berikut;
"Sesungguhnya kalangan yang berpegang kepada taqlid dan tidak memerhatikan secara teliti terhadap dalil-dalil Tauhid,  sebenarnya terbabas jauh daripada jalan kejayaan dan terjatuh ke jalan kebinasaan".
Walau bagaimanapun juga suasana dan keadaannya,  kalangan ahli sufi tidak berpuas hati setakat mentauhidkan Allah pada peringkat zhohir sahaja.  Ini adalah kerana Tauhid ketegori zhohir tersebut menurut pandangan mereka,  adalah menggambarkan Allah itu seolah-olah berada begitu jauh daripada makhlukNya,  khususnya manusia.  Malah menurut mereka lagi,  Pentauhidan Allah secara Akal dan Naqal semata-mata adalah MENGHIJABKAN seseorang daripada Hakikat Tauhid.
Ini adalah Keesaan Ilahi sejauh yang dilihat mereka,  tidak akan tersyuhud selama mana seseorang itu terus-terusan melihat dirinya sebagai masih wujud.  Dengan ini terdapat satu paras lain dalam Tauhid iaitu Tauhid Al-Khowas atau Al-Khassah yang dihayati oleh kalangan Sufi.
Sebagai menjelaskan wajah Tauhid golongan Sufi ini,  maka sebaiknya kita lihat konsep dan pendekatan  Sheikh Junaid Al-Bagdadi r.a   yang telah diperakukan oleh ulama-ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai Imamiyah Ilmu Tasauf.

TAUHID AL-KHOSSAH


Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.(Surah Yusof:106)
 
Menyentuh tentang Tauhid Al-Khowas atau Al-Khossah itu,  maka bolehlah dijelaskan bahawa ia adalah suatu jenis Tauhid yang terhasil secara zauqi di tengah-tengah Tajribah Al-Sufiyyah.  Dalam perkataan lain zauqi atau kecapan terhadap pelbagai pengertian Tauhid diperolehi secara langsung hasil daripada pengertian tersebut tertajalli di dalam hati(Qalbu) seorang Sufi.  Ia merupakan suatu "hal" di mana seseorang Sufi yang mengalaminya menjadi tenggelam dan fana daripada dirinya sendiri dan daripada segala sesuatu selain daripada Allah.  Oleh itu apa yang tersyuhud kepadanya cumalah Allah sahaja.  Kesedaran dan perasaannya dilimpahi dengan Qudrah Ilahi yang termanifestasi pada setiap benda;  dengan Iradah Ilahi yang melaksana segala sesuatu;  juga dengan perbuatan Ilahi yang muncul kesannya pada setiap gerak dan diamnya dalam persada wujud ini.
Inilah wajah kefahaman Ahli Sufi berkenaan Tauhid,  pengertian Tauhid di sisi mereka yang tidak bisa ditanggapi kebanyakan manusia awam,  kerana kefahaman mereka adalah berdasarkan penghayatan jiwa yang berjelira dengan Hakikat Tauhid;  memperkayakan pengalaman keruhanian mereka sehinggakan membuahkan Makrifat yang kehalusannya sukar difahami oleh pandangan biasa yang tumpul.
Inilah apa yang dikatakan oleh Al-Tahanawi bahawa orang yang mengalami Tauhid jenis ini melihat setiap zat,  pelbagai sifat dan pelbagai perbuatan,  adalah tenggelam hapus dalam pancaran cahaya Zat Allah,  pelbagai Sifat KesempurnaanNya dan PerbuatanNya.
Di samping pemuka-pemuka Sufi yang ada,  Ulama Sufi yang banyak memperkatakan dan menghayati Tauhid jenis ini ialah Al-Junaid Al-Bagdadi.  Beliau didapati telah membuat penganalisisan yang cukup menarik dengan merujuk kepada asal-usul Al-Nafs Al-Insaniyyah dan persekitarannya.  Al-Junaid dalam hubungan ini ada mengatakan;
".....daripada jenis Tauhid Al-Khossah,  maka seseorang yang wujud tanpa kemahuan berdiri di hadapan Allah[dalam keadaan]  keduanya;  seorang yang tadbiran Allah menjadi berlangsung ke atas dirinya,  iaitu Allah dalam QudrahNya menentukannya.  Dan dia menjadi tenggelam dalam lautan kesatuan Allah,  benar-benar fana' daripada dirinya dan daripada seruan Allah kepadanya serta daripada jawapannya kepada Allah;  iaitu merupakan satu pengrealisasian yang sejati terhadap Wahdaniyyah Allah dalam kehampirannya yang sejati dengan Allah.  Lalu kesedaran dan aksinya menjadi hilang kerana Allah melaksanakan di dalam dirinya apa yang diKehendaki olehNya.  Ilmu tentang hal yang demikian diperolehi apabila telah kembalilah seseorang hamba dari akhir ke awalnya;  supaya ianya menjadi sebagaimana semula;  iaitu sebelum ia menjadi seperti sekarang.  Dalil dalam hal ini ialah firman Allah;
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan Zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan  mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanya-Nya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab,  "Benar ... ." (Surah al-A 'raf 7:172)
Maka siapa dan bagaimana keadaan semula sebelum terjadi (seperti sekarang)?.  Apakah ada siapa yang memberi jawapan selain daripada ruh-ruh yang suci tulen bersih selaras dengan Qudrah dan mashi 'ah sama seperti semula sebelum ianya wujud (seperti sekarang).  Inilah matlamat merealisasikan Tauhid terhadap Allah, di mana orang yang mengalami menjadi hilang keindividuannya. (Al-Junaid,  Rasa'il, hlm 56-57)
Nyatalah bahawa penganalisisan konsep Tauhid seperti mana yang dijelaskan oleh Al-Junaid di atas adalah dihubungkan secara jelas dengan aspek asal usul Al-Nafs atau Al-Ruh Al-Insanniyyah.  Realisasi Tauhid menjadi terlaksana bilamana hamba kembali semula ke taraf wujudnya yang awal sebelum ia wujud sebagai sekarang.  Pemerihalan dalam hal ini melibatkan pembicaraan satu konsep menarik yang dihuraikan oleh Al-Junaid bersandarkan kepada firman Allah dalam  Al-Quran:
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam(turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka,  dan dijadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri(sambil Dia bertanya dengan firmanNya);  "Bukankah  Aku Tuhan kamu?"  Mereka semua menjawab ,  "Benar(Engkaulah Tuhan kami),  kami menjadi saksi",  Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari Akhirat kelak,  "Sesungguhnya kami adalah lalai(tidak diberi peringatan) tentang (Hakikat Tauhid) ini"
Mengenal ayat di atas, Al-Junaid menjelaskan bahwa Tuhan menceritakan perihal Dia bercakap dengan insan dalam suatu tempoh dimana insan masih belum sebagai sekarang.  Kewujudan dalam tempoh tersebut adalah tidak sama dengan kewujudan sebagai makhluk Tuhan seperti sekarang.  Itu cumalah kewujudan yang diketahui dan disedari oleh Tuhan sahaja,  yang sifatnya tidak terikat dengan masa. Oleh itu,  menurut Al-Junaid,  kewujudan insan adalah berlaku dalam dua jenis:
Pertama;  Kewujudan yang bersifat suci,  iaitu sebelum insan didatangkan ke alam semesta ini.  Wujudnya insan dalam tahap tersebut adalah penuh dengan kesucian dan kekudusan,  berhubung secara langsung dengan Allah tanpa apa-apa hijab;  kerana hijab menjadi terhasil oleh wujudnya hubungan dengan alam benda dan menjadi sibuk oleh kehendak-kehendak kejasadan dan syahwat.  Oleh itu,  dalam keadaan demikian nufus/arwah insan  mengikrarkan dengan pastinya Keesaan Allah ketika dikhitabkan kepada mereka menerusi "Alastu birabikum";  kerana nufus/arwah tersebut tidak pun melihat apa-apa dalam wujud,   selain daripada Allah yang melakukan sesuatu,  Yang Menghendaki dan Yang Memiliki Kuasa, lalu ia fana' dan hilang wujud dirinya sendiri.
Kedua.  Wujud insan dalam alam semesta yang diciptakan ini.  Kewujudan ini adalah bersama jasad,  yang dengannya menghasilkan kelupaan pada "persetiaan" awalnya oleh wujudnya hijab serta penguasaan syahwat.
Ternyata bahawa unsur pendekatan yang dilihat oleh al-Junaid serta sufi-sufi lain adalah terjadi pada peringkat insan masih berada di dalam arwah/nufus,  di mana persoalan tentang Ketauhidan Allah dijawab dengan jitu dan pasti dengan sebenar-benar pengenalan(makrifat).  Bagaimanapun,  apabila insan telah diwujudkan sebagai manusia  yang sekaligus terdiri daripada jasad dan ruh,  maka "persetiaan" awal itu menjadi semakin kabur.  Ia dikaburi oleh kehendak syahwat dan tuntutan jasad.  Lalu untuk mendapatkan kembali taraf Ketauhidan awal tersebut,  perlulah insan bergerak semula ke arah keadaan awalnya sebagaimana sebelum ia diwujudkan dalam bentuk sekarang.
Bagaimanapun pengembalian sempurna ke taraf awal sebagaimana sebelum wujudnya insan seperti sekarang,  adalah tidak mungkin selagi hubungan di antara ruh dan jasad terus-terusan ada.  Pembebasan ruh daripada ikatan dan tautan jasad dalam kadar kekuasaan insan mestilah diusahakan supaya terjadi.  Hal ini,  menurut Al-Junaid mestilah berlangsung menerusi Suluk Al-Thoriqah Al-Sufiah dan ketundukan serta penyerahan diri secara mutlak kepada Allah,  yang melibatkan kegiatan-kegiatan riadah al-nafs dan pembersihannya serta pengekangan diri daripada kehendak-kehendak syahwat.  Hasil daripada kegiatan tersebut,  mengikut Al-Junaid,  seseorang hamba akan menjadi individu yang tidak memiliki kehendak,  dan dirinya diurus oleh Allah mengikut kehendakNya.  Sedang diri hamba itu sendiri telah tenggelam di dalam lautan Tauhid;  fana' daripada dirinya sendiri dan daripada seruan makhluk lain sejauh yang berhubung dengan urusan keduniaannya.  Hal ini semua terjadi disebabkan syuhudnya terarah secara tajam ke arah pelbagai hakikat kewujudan dan Keesaan Allah dalam suatu kedudukan yang benar-benar hampir denganNya.  Ketika itulah, sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Junaid,  kesedaran hamba tentang diri dan aksinya menjadi hilang kerana Allah,  menerusi IradahNya,  dan menguasai perbuatan hamba tersebut.  Lalu kembalilah,  pada ketika itu,  pengakhiran seorang hamba ke tahap awalnya,  sebagaimana ianya masih belum wujud seperti sekarang.  Di situlah terlaksananya pengrealisasian sejati terhadap konsep Tauhid yang hakikatnya tidak boleh dicapai oleh akal,  tetapi termanisfestasi secara langsung ke dalam Al-Qalb.
Sebenarnya,  daripada penganalisisan sebagaimana di atas memperlihatkan bahawa  pengrealisasian terhadap konsepTauhid,  adalah sama dengan al-Fana al-Sufi dalam Ilmu Tasauf;  iaitu al-Fana al-Sufi tersebut adalah merupakan suatu hal di mana kesan-kesan Iradat, sakhsiyah,  kesedaran tentang Zat serta setiap apa yang bukan al-Haq semuanya terselindung dan tidak dapat dilihat oleh sufi yang mengalamainya.  Sejauh yang dapat dilihat dan dirasakan oleh sufi yang mengalaminya tersebut cumalah kewujudan al-Haq bersama Perbuatan dan IradahNya.  Atau dalam kata lain al-Fana itu merupakan satu hal kejiwaan dalam mana hubungan insan dengan alam dan diri menjadi hapus dan hilang lenyap.  Dalam suasana tesebut insan menjadi baqa dalam wujud syuhudi  yang berakhir di dalamnya segala sesuatu yang lain daripada al-Haq.
Contoh yang paling baik berhubung dengan al-Fana ini ialah apa yang terjadi dan dialami oleh seorang tokoh sufi abad ketiga hijrah,  Abu Yazid Al-Bustomin.  Beliau menggambarkan pengalaman mikraj keruhaniannya yang dilambangkan menerusi ibadat "Haji".  Beliau dalam hubungan ini mengatakan;
  • "Aku naik Haji kali pertama maka aku telah Kaabah;
  • Dan aku naik Haji kali kedua,  maka aku telah lihat Kaabah dan TuanNya;
  • Seterusnya aku naik Haji kali ketiga di mana aku tidak melihat sama ada Kaabah ataupun TuanNya".
Sebenarnya Haji di sini dilambangkan kepada perjalanan keruhanian menuju Tuhan.
  • Dalam Haji peringkat pertama Abu Yazid melihat Kaabah,  yakui alam semesta dan menanggapinya dalam suatu tanggapan yang bersifat hissi(perasaan)
  • Dalam Haji peringkat kedua beliau melihat Kaabah dan pemilik Kaabah dalam suatu tanggapan "penduaan" yang bersifat akal serta memperbezakan kedua-duanya,  yang pada hakikatnya adalah perbezaan antara Tuhan dan alam semesta.
  • Kemudian dalam Haji peringkat ketiga,  menerusi Qalbu dan Syuhud,  Abu Yazid menanggapi "segala" dalam suasana yang tidak dibezakan lagi antara Kaabah dengan pemilik Kaabah.  Dan di peringkat fana atau juga al-Tauhid di mana,  dalam suasana tersebut lenyaplah daripada diri hamba kesan-kesan al-kathrah(banyak/pelbagai) yang bersifat akal dan hissi.
Seterusnya dalam usaha untuk melihat beberapa contoh lain daripada sudut pandangan para sufi terhadap unsur Tauhid dan dihayati oleh mereka,  maka di bawah ini sebahagian daripada sudut pendangan tersebut;
Abu Said Ahmad ibn Isa Al-Khoraaz ada mengatakan;
"Maqam awal bagi orang yang memperolehi dan merealisasikan Ilmu Tauhid ialah Fana Qalbunya daripada menyebut perkara-perkara yang selain daripada Allah,  dan (hatinya) ditumpukan khusus kepada Allah Taala".
Golongan Arif yang lain pula ada mengatakan;
"Adapun Tauhid itu ialah sesuatu yang boleh membutakan pemandangan,  menghairankan orang yang berakal serta mendasyatkan seorang yang teguh pendirian".
Pendapat ini telah diulas oleh Al-Thusi sebagaimana berikut;
"......kerana orang yang merealisasikan Tauhid tersebut  menerusi Qalbunya akan Kebesaran dan Kehebatan Allah yang melahirkan kedasyatan dan kehairanan kepada akal,  kecuali orang yang Qalbunya telah benar-benar diteguhkan oleh Allah".
Al-Syibli mengatakan;
"Tahukah engkau mengapa Tauhid engkau menjadi tidak sah?"  Lelaki itu menjawab; "Tidak"  Al-Syibli berkata lagi;  "Kerana engkau menuntutnya dengan diri engkau"  Dan inilah hakikat sebenar apa yang dicatatkan oleh Afifi;  "Orang yang percaya berasaskan pandangan fikirannya adalah terhijab daripada hakikat Tauhid.......kerana pada sudut pandangan golongan sufi Keesaan Ilahi tidak akan tersyuhud selama mana seorang itu masih melihat dirinya sebagai ada".
Dengan penjelasan dan perbincangan di atas,  jika difahami dengan serius,  maka dapatlah dikatakan bahawa kesempurnaan dalam Mentauhidkan Allah dari sudut pandangan Ahli Sufi bukanlah cuma Mengesakan menerusi peribadatan semata-mata,  malah  lebih daripada itu mesti pula diEsakan menerusi perbuatan, kudrat,  iradah serta pengurusan tadbir.  Hal ini semua bermaksud;
  • bahawa Allah itu satu dengan pengertian tiada yang disembah selain dariNya [Laa Ma'bud Bihaqqi illaLlah];
  • dan Allah juga satu dalam pengertian bahawa golongan sufi dalam syuhud mereka tidakpun melihat selain daripadaNya yang Melakukan segala sesuatu,  Yang Berkuasa,  Yang Menghendaki,  dan Yang Mentadbirkan segala sesuatu
  • atau dengan lebih hampir lagi Tiada Yang Maujud Melainkan Allah.[Laa Maujud Bihaqqi illaLlah]
Dalam rangka untuk mempertingkatkan prestasi kehampiran dan kedekatan dengan Allat iaitu suatu dimensi yang banyak terabai dalam tempoh sekarang,  maka barangkali tidak salahnya kalau kita secara serius merenung pendekatan yang digunakan oleh Ahli Sufi yang memang terkenal sebagai kalangan yang benar-benar hampir dengan Allah.  Bila taraf kehampiran dan kedekatan diri dengan Allah dapat dicapai,  maka sebagaimana yang diberitahu oleh tradisi Islam sendiri,  tentunya banyak sekali masalah peribadi atau masalah kemasyarakatan....akan dapat diselesaikan.  Kemudian kalau dilihat dari perspektif Tauhid secara khusus,  maka sudah pasti seorang yang menyedari dan melihat Allah sahaja yang benar-benar Wujud,  yang benar-benar Berkuasa,  yang benar-benar Mentadbir  segala dan Melakukan segala,  akan memandang mudah dan remeh kepada apa-apa pun juga yang selain daripada Allah;  akan tidak ada ketakutan yang bukan-bukan;  akan tidak membentuk bayang-bayang untuk ditakuti.  Dan tentunya barangkali peribadi-peribadi yang sedemikian dapat diwujudkan oleh sesebuah masyarakat,  maka masyarakat berkenaan akan dapat manfaat yang besar daripadanya,  sebagaimana yang telah dilakukan oleh para Sahabah,  para Syuhada dan para Sholihin yang Siddiq.
Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.(Surah Yusof:106)
Allahu A'lam
Ruang lingkup perbicaraan dan perbincangan mengenai Ilmu Usuluddin atau Ilmu Tauhid ini ialah berkisar pada perkara-perkara berikut;
  • Ilmu Akal
  • Sifat-sifat yang Wajib, yang Mustahil, Yang Harus bagi Allah
  • Sifat Sifat Ketuhanan dan makna Ketuhanan
  • Perbezaan makna Allah dan makna Ketuhanan
  • Hakikat Ketuhanan
  • Kenal Sifat Istigna' dan Iftikor Allah dan perkara-perkara yang melazimi kedua-duanya.
  • Boleh membezakan Itiqad Jabariah, Muktazilah, Qadairiah, Syiah dan Ahli Sunnah Wal-Jammah(Imam Abu Hassan Ass'ari dan Imam Maturidhi)
  • Boleh memahami pembahagian sifat-sifat Allah kepada Nafsiah, Salbiah, Maani dan Maknuwiyah.
  • Menguasai Sifat-sifat Allah yang berada dalam Martabat Zat, Martabat Sifat, dan Martabat Asma.
  • Tahu apa yang dinafikan dan diisbatkan dalam kalimah Syahadah.
  • Faham dan jelas mengenai takluk-takluk semua sifat Maani.
  • Perbezaam makna dan maksud antara 'Itiqad dan Syuhud.
  • Mengenal sifat-sifat benda baru seperti jauhar, jisim, jirim dan 'aradh serta lainnya.
  • Dan yang lain-lainnya berkaitan dengan pengajian Ilmu Usuluddin.

PENGERTIAN IKTIQAD DAN AQIDAH
Apa erti iktiqad dan aqidah ?
Ada beberapa perkataan yang selalu kita dengar dan jumpa di dalam masalah perkara Tauhid dan Mengesakan AlLah Ta'ala iaitu :
1. Perkataan Syarak, Syariat, Millah dan Din.
(Ugama) : erti perkataan-perkataan ini dalam pengertian ugama dan syarak, iaitu hukum - hukum yang telah AlLah Taala terangkan dan nyatakan melalui lisan Nabi kita Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi disampaikan kepada kita supaya kita junjung dan terima.
Atau erti (Ugama) : Iaitu perkara yang telah AlLah Taala hantarkan dan letakkan dan nyatakan yang membawa orang - orang yang berakal yang sempurna akal fikirannya, menjunjung akannya dengan pilihan yang baik yang sejati bagi kebaikan di dunia dan akhirat. (Dari Hasyiah Al Baijuri 'Alal Jauharah)
Kata ahli ilmu ugama bahwa perkataan "Ugama" itu diambil dari perkataan Arab "Iqamatuddin", ertinya mendirikan ugama, kemudian dipakai perkataan "ugama" sahaja.
2. Perkataan Iktiqad ertinya : Menghukum dan membenarkan sesuatu dengan jazam dan putus pegangan padanya. (Dari Syarhu Al Jauharah dan Al Jawahirul Kalamiah).
3. Perkataan Aqidah ertinya : Sesuatu perkara yang dijazam dan diputuskan pegangan padanya. (Dari Hasyiah Al Baijuri Kifayatul 'Awam)
4. Perkataan Islam ertinya : Menjunjung dan mengikut akan segala perkara yang dibawa oleh Nabi Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang diketahui perkara itu dengan ilmu dharuri bahawa perkara ugama yang dibawa oleh Nabi Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam itu. (Dari Hasyiah Al Baijuri 'Alal Jauharah dan Fathul Mubin 'Alal Arba'in)
5. Perkataan Ihsan ertinya : Menghalusi segala ibadat dengan ditunaikan di atas rupa yang dipinta buat, serta menjaga hak - hak AlLah dan memerhatikan AlLah dan menghadirkan kebesaran AlLah di dalam hati, sepanjang beribadat itu. (Dari Fathul Mubin Syara' Al Arba'in)
6. Selawat ertinya : Rahmat AlLah serta kurnia kemuliaan ke atas Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan mengucap selawat ke atas Nabi SallalLahu Alaihi Wasallam dengan seseorang itu berkata : (SallalLahu Ala Sayidina Muhammadin Wa Alihi Wasallam) atau (AlLahumma Salli 'Ala Sayidina Muhammadin Wa Alihi Wasallam ertinya : Ya AlLah mohon kurniakan rahmat serta dengan kurnia kemuliaan ke atas Sayidina Muhammad ke atas baginda dan keluarga baginda). (Dari Hasyiah Al Baijuri 'Alal Jauharah dan Kifayatul 'Awam)
7. Salam ertinya : Salam hormat yang munasabah dengan kemuliaan baginda RasululLah, atau selamat sejahtera ke atas baginda RasululLah SallalLahu Alaihi Wasallam. (Dari Hasyiah Al Baijuri 'Alal Jauharah dan Kifayatul 'Awam).
8. Menulis Selawat dengan huruf potong seperti (diwakilkan dengan huruf Sod), SAW, SallalLahu Alaihis-Salam dan seumpamanya itu adalah tiada menepati perintah berselawat, tambahan pula tiada padanya memuliakan Nabi Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (bagaimana kata Al Muhaddith Al-Mutafanniah Assayed Abdullah Al Ghumari dalam Al Mahdiyul Muntazar dan Al Imam Ibnu 'Allan dalam Syarah Al Azkar Lil Imam An Nawawi).
9. Menulis perkataan "Rasul" dengan tiada disandarkan lafaz Al Jalalah (AlLah) seperti kata seseorang "Rasul" dengan tujuan Nabi Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, adalah kurang adab. Kata Al Imam Asy Syafie makruh menyebut "Rasul" dengan tiada disandarkan kepada lafaz Al Jalalah (RasululLah). Ini disebutkan di dalam Manaqib Asy Syafie oleh Al Imam Al Baihaqi dan Al Imam An Nawawi dalam Al Majmu'.
10. 'Alam ertinya : Segala apa yang lain daripada AlLah Taala dari segala bahagian alam langit dan bumi dan jisim - jisimnya dan apa - apa yang dikandung oleh 'alam itu dari tumbuh - tumbuhan dan binatang - binatang segala perbuatan segala percakapan, segala iktiqad dan kepercayaan, segala 'ain dan zat sesuatu segala jauhar dan segala 'arasy semuanya itu dinamakan 'alam. Semuanya itu baharu (muhaddas) dijadikan AlLah Taala setelah alam itu tiada sesuatupun. (Dari Kitab At-Tabsiru Fid Din; Wattam Yizul Firqati An Najiyati 'Ani Firaqil Halikina oleh Al Imam Hujjatul Mutakallimin Wal Mufassiru An Nadzoru Abul Muzzafari Al As Faraini yang meninggal tahun 471H)
11. Tauhid ertinya : Mengesakan AlLah Taala dengan disembah akannya semata - mata dengan tiada beserta disembah yang lain, serta iktiqadkan esa pada zatnya, esa pada sifat - sifatnya, yakni tiada berbilang - bilang sesuatu sifatnya dari jenis yang satu dan esa pada perbuatannya yakni tiada ada perbuatan yang terbit daripada yang lain daripada AlLah,
Maka zat AlLah tiada menerima dibahagi - bahagikan dengan apa jua carapun dan zatnya tiada serupa dengan zat ynag lain dan sifat - sifatnya tiada serupa dengan lain - lain sifat yang lain dan tiadalah sesiapa bersekutu pada membuat dan melakukan sesuatu perbuatan, melainkan AlLah jua yang membuat perbuatan itu, maka segala perbuatan dan kejadian semuanya dibuat dan dijadikan oleh AlLah Taala. (Dari Syarhu Jauharatut Tauhid oleh Al 'Allamah Al Sayed Abdussalam Al Laqqani Al Maleki, meninggal pada tahun 1078 H)

IKTIQAD YANG SELAMAT
Mana satu iktiqad dan kepercayaan yang selamat ?
Orang - orang Arab sebelum Islam, menganut berbagai-bagai ugama dan kepercayaan. Maka orang-orang Quraisy Mekah tiada ada kepercayaan pada tuhan dan tiada berugama dan orang - orang suku Tamim menganut fahaman Mazdak (bersekutu pada perempuan dan harta sebagaimana Komunis bersekutu pada harta dan perempuan) dan mereka menganut ugama Majusi menyembah api dan suku Ghassan menganut ugama Yahudi dan Nasrani dan lain - lain Arab menyembah berhala.
Dalam suasana Tanah Arab yang begitu rupa dibangkitkan Nabi kita Nabi Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dengan membawa ugama Islam dan Iman dan Ihsan setelah 13 tahun lamanya, maka seluruh Tanah Arab telah bersih dari menyembah berhala dan dari samun menyamun dan ajaran Islam telah bersinar di dalam hati - hati dan kehidupan menjadi tenteram.
Setelah Nabi Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam wafat dan kembali pada Arrafiqul A'la (pent. - zaman perpecahan) maka ada orang-orang di sudut-sudut Tanah Arab itu keluar dari ugama Islam dan ada orang-orang yang hendak membezakan antara perkara dunia dari perkara ugama dengan enggan membayar zakat kepada khalifah.
Maka para sahabat-sahabat RadhialLahu 'Anhum telah menganggap semua orang-orang itu murtad keluar dari ugama Islam sedangkan ugama Islam telah menghimpunkan dua muslihat dunia dan akhirat . Dan ugama Islam itu mempertahankan dua muslihat itu dari dikacau oleh orang-orang yang degil dan angkuh itu. Maka sahabat-sahabatpun mengambil tindakan bersenjata ke atas orang - orang yang murtad itu, dipaksa mereka kembali pada Islam dan fitnah itu selesai dan Islam bersinar semula di seluruh Tanah Arab.
Pada zaman Khalifah Umar Radhiallahu 'Anhu tampil seorang bernama Subaigh bin Asal membangkitkan perkara-perkara yang Mutasyabih, yang membawa kesamaran fahaman dan fikiran dan iktiqad, maka Sayidina Umar telah memanggil Subaigh itu lalu dibelasahnya. Subaigh itu bertaubat dan dibuang negeri ke bandar Basrah Iraq dan di sana dia telah siuman dan baik kelakuannya.
Bagaimana kesedaran Khalifah Sayidina Umar Radhiallahu 'Anhu di atas gerak geri dan kelakuan orang-orang yang suka membuat kacau di kalangan orang ramai padahal tiada ada sesuatu perkara berbangkit yang mesti dihuraikan dan mesti cari jalan keluar.
Manakala berlaku kacau bilau dan fitnah pada zaman khalifah yang ketiga dan keempat, maka orang-orang yang suka membuat fitnah dan kacau bilau dari berbagai - bagai bangsa yang menyamar diri di antara orang-orang Islam. Mereka telah dapat lapangan yang luas bagi menabur benih-benih kejahatan dan kerosakan fikiran di antara orang-orang Islam Mereka juga cuba memecah-belahkan orang Islam dengan berbagai hasutan dan mendatangkan bermacam - macam rupa syubhat dan keraguan. Ini adalah kerana mereka hendak membalas dendam dan sakit hati disebabkan Islam telah bertapak di tanahair mereka dan orang-orang Islam telah menawan negeri mereka.
Maka ahli-ahli fitnah itu dan ahli sayap kelima itu telah berjaya menjalankan setengah-setengah dari pelan-pelan dan rancangan-rancangan jahat mereka.
Adalah orang-orang Khawarij iaitu orang-orang yang telah keluar dari taat setia kepada Khalifah Sayidina Ali Karramalallahu Wajhahu. Mereka adalah golongan yangn mula-mula cuba memecah belahkan umat Islam dalam masa-masa kecemasan itu.
Lahirnya puak Khawarij itu bukan dari sebab ada sesuatu syubahat dan keraguan di dalam masalah-masalah ugama tetapi terbit dari semangat siasah (politik) yang melampau dan menyeleweng.
Puak Syi'ah iaitu puak yang mahabah (menyayangi) yang memuliakan ahli bait RasululLah Sallallahu Alaihi Wasallam terbit dari "semangat" juga sebagaimana puak Khawarij.
Tetapi ada beberapa golongan dari berbagai-bagai bangsa yang tiada simpati dengan Islam dan kebaikan Islam telah menyamar diri lalu menyusup di antara puak-puak Syi'ah itu dan mereka pudarkan dan rosakkan kasih sayang dan mahabah kepada ahli bait dan keluarga RasululLah Sallallahu Alaihi Wasallam
Lahir pula puak Muktazilah manakala Sayidina Al Hassan bin Ali bin Abi Thalib Karramallahu Wajhahuma menyerahkan kuasa pemerintahan Islam kepada sahabat Mu'awiyah Radhiallahu 'Anhu dan orang-orang Muktazilah meninggalkan Sayidina Al Hassan dan sahabat Mu'awiyah dan orang ramai dan mereka pergi bertapa di rumah-rumah dan di masjid-masjid dan mereka berkata :
"Kami bekerja menyiarkan ilmu Islam dan beribadat dan mula asal orang-orang Muktazilah itu ialah orang yang mengikut Khalifah Sayidina Ali Karramallahu Wajhahu" .
Maka orang-orang yang bertapa di lubuk-lubuk rumah dan ruangan masjid itu dinamakan Muktazilah. Akan tetapi dengan sebab banyak sangat berlaga mereka dengan puak-puak yang menyeleweng dari Islam dan banyak menggunakan akal dan akal mereka dijadikan kata pemutus dalam tiap - tiap perkara maka puak Muktazilah itu telah jatuh ke dalam gaung sesat yang sangat membahaya.
Dipetik dari pendahuluan Syaikhuna Al Allamah Al Kusairi pada Kitab At-Tabsiru Fid Din; Wattam Yizul Firqati An Najiyati 'Ani Firaqil Halikina oleh Al Imam Hujjatul Mutakallimin Wal Mufassiru An Nadzoru Abul Muzzafari Al As Faraini yang meninggal tahun 471H
Disebutkan sebelum ini bagaimana lahirnya puak Khawarij dan puak Syi'ah dan puak Muktazilah. Maka puak Khawarij dan puak Syi'ah bukan terjadi sebab ilmu, tetapi keduanya terjadi dari semangat yang berpunca dari siasah negeri, kemudian menyusup beberapa golongan daripada orang-orang yang tiada berugama dan orang-orang yang bencikan ugama ke dalam puak tersebut itu. Kedua-dua puak itu bertukar corak menjadi buruk dan sesat dan setengah-setengah cabang kedua puak itu keluar dari Islam dan kufur. Puak yang keluar dari Islam dinamakan "Ghulatun" (Pelampau Khawarij dan Syi'ah). Timbul pula satu puak iaitu "Murjiah" di mana dengannya terbit satu rupa aliran ilmu iaitu mereka berkata : Iman itu tiada terjejas dengan disertakan membuat dosa iaitu lawan iktiqad Khawarij yang berkata melakukan dosa besar itu mengeluarkan dari Islam dan menjadi kafir
Adapun puak Jabariah itu iaitu puak yang mengajak pada lembab fikiran dan pada kebinasaan, bukan terbit dari ilmu pengetahuan, tetapi terbit dari mengikut fikiran seperti fikiran berahimah atau berhaman Hindu, yang faham semua perkara itu boleh buat sama ada halal atau haram.
Dan puak Qadariah iaitu puak yang berpendapat bahwa manusia menjadikan perbuatan mereka sendiri. Puak Qadariah itu terbit dari kesan malas dari memahamkan sesuatu dan dari kesan menerima sahaja apa yang ada, yang berlaku pada fikiran puak - puak yang lain yang ada pada masa itu. Fikiran Qadariah itu terbit dari kesan fikiran puak Majusi Parsi sebelum Islam yang mengatakan ada dua tuhan iaitu tuhan cahaya dan tuhan gelap (Majusi Thanuwiah)
Adalah pendita-pendita Yahudi dan Padri Nasrani dan Ketua-ketua Ugama Majusi telah masuk Islam zaman Khalifah Ar Rasyidin. Kemudian lepas zaman Khalifah Ar Rasyidin mereka menyiarkan kisah-kisah dan cerita-cerita sebelum Islam kepada orang-orang Islam yang belum mengetahui betul akan hakikat ugama Islam, maka mereka ambil kisah-kisah itu dengan hati yang lurus dalam perkara yang berhubung AlLah dan sifat-sifat Allah Taala, yang membawa AlLah Taala bersifat jisim dan membawa AlLah pada serupa dan tasybih dengan sifat-sifat makhluk dan dicampurkan dengan fikiran mereka yang ada sedia sebelum mereka masuk Islam. Kadang - kadang mereka sandarkan kisah itu kepada RasululLah. Maka timbullah perkara tasybih dan merupakan(mewajahkan Zat) AlLah dengan makhluk dengan meluas. Kerajaan Bani Umaiyyah pada masa itu'tiada mengambil berat pada menjaga iktiqad umat Islam melainkan apa yang menyentuh siasah mereka. Adapun mula-mula orang yang terpedaya dengan kisah-kisah itu ialah puak Syi'ah, kemudian mereka terhenti dari fikiran tasybih dan merupakan Allah dengan makhluk itu oleh sebab dihujah dan dibantah oleh puak Muktazilah.
At Tabi'e Al Jalil Al Hassan Al Basri seorang yang sentiasa menyiarkan ilmu Islam di bandar Basrah beberapa tahun lamanya dan duduk di majlis ilmunya orang-orang yang pandai daripada ahli ilmu Islam. Pada suatu hari datang hadir di majlisnya beberapa orang daripada orang-orang yang membawa kisah-kisah dan cerita ahlul kitab yang dibawa masuk oleh pendita-pendita Yahudi dan padri-padri Nasrani yang masuk Islam. Mereka berkata dengan kata yang tidak betul dan salah di majlisnya. Maka Al Imam Al Basri menyuruh mereka itu pergi dan mereka duduk di tepi sudut majlisnya itu dan mereka dinamakan puak Hasyawiyah.
Puak Hasyawiyah ini ialah puak yang jahil dan lembab hanya mengikut fikiran-fikiran jahiliyah sebelum Islam yang mereka warisi dan mengikut fikiran Majusi Thanawiyah, fikiran ahlul kitab dan fikiran Sabiah yang menyembah bintang-bintang.
Puak Hasyawiyah itu puak yang hidup tiada cara mewah yang mengelirukan orang ramai dan mereka orang-orang jahil dan keras hati mudah berbuat sesuatu angkara di dalam negeri mereka tiada nampak melainkan ketika Islam lemah, mereka musuh kepada akal dan pada ilmu akal dan musuh kepada puak-puak yang ada pada masa mereka dan puak Muktazilah adalah musuh kepada puak Hasyawiyah kerana puak Muktazilah menggunakan ilmu dan menggunakan akal dengan berlebih-lebihan dan musuh mereka ialah puak-puak yang lembab fikiran dan fikiran-fikiran yang menyusup dari uar ke dalam Islam dengan membantah mereka dengan membawa hujah-hujah dan dalil dan mereka bersungguh mempertahankan Islam terhadap puak Dahriah, puak ingkarkan Nabi - nabi, puak Majusi Thanawiyah, Yahudi dan Nasrani.
Puak Hasawiyah itu terus berjalan dengan bodoh, dan ikuti oleh orang-orang yang berfikiran rendah Mereka berkata mengenai AlLah Taala dengan perkara yang tiada harus dikatakan pada syarak, dan tiada diterima pada akal seperti
  • mensabitkan harakah (bergerak) pada AlLah Taala,
  • mensabitkan AlLah berpindah dari satu ke satu tempat,
  • AlLah ada mempunyai had dan batasan,
  • AlLah ada mempunyai pihak dan arah,
  • AlLah duduk dan AlLah mendudukkan sesuatu di sebelah AlLah tetap di suatu tempat dan
  • AlLah berbaring terlentang dan
  • lain-lain perkara yang batil dan sesat,
yang diambil oleh mereka dan fikiran-fikiran itu dari ahlul kitab dan Majusi dan Sabiah dan fikiran-fikiran mereka sebelum masuk Islam dan mereka mengarang kitab-kitab dalam perkara tersebut itu dan mereka mengaku bahwa mereka orang salaf dan orang yang memegang sunnah.
Adapun Ahli Sunnah Wal-Jama'ah dari puak ulama Fiqah dan puak ulama Hadis bekerja menjalankan usaha pada menguatkan kedudukan ilmu-ilmu mereka dengan tiada berbuat onar dan angkara.
Kebanyakan ulama Feqah dan ulama Hadis daripada Ahli Sunnah Wal-Jama'ah sepanjang masa pergolakan di antara puak-puak itu, tiada mahu masuk dalam pergolakan dan tiada mengambil bahagian di dalam perkara-perkara yang ditengkarkan dan mereka berjalan di atas jalan yang dijalankan oleh sahabat-sahabat dan jalan golongan orang-orang terbilang dan terpilih daripada tabi'en, dengan menggunakan ilmu-ilmu yang sabit adanya di dalam Islam dan tiada keluar dari yang tersebut.
Di dalam keadaan cemas itulah maka Al Imam Abu Al Hassan Al Asy'ari RadhialLahu Anhu melihat apa yang telah kena ke atas umat Islam dari berbagai - bagai rupa serangan ke atas iktiqad dan dia bangun bagi mempertahankan Sunnah RasululLah SallalLahu Alaihi Wasallam dan membasmikan bida'ah.
Mula-mula dia berusaha mendamaikan di antara dua pihak yang bertikai itu dengan mengembalikan kedua-dua pihak itu ke jalan tengah, maka dia berkata kepada puak yang pertama bahwa kamu benar apabila kamu kata Quran itu baharu lafaznya, baharu pada bacaannya, baharu pada tulisannya, dan dia berkata kepada satu puak yang lain bahwa kamu adalah benar bahwa tujuan kamu bahwa Quran itu qadim iaitu sifat yang ada pada zat AlLah yakni kalam nafsi dan tiadalah kamu boleh ingkarkan baharu lafaz orang yang membaca Quran dan bacaan orang yang mengaji Quran itu, begitu juga kamu puak yang lain itu tiada boleh menafikan sifat yang ada pada zat AlLah iaitu kalam nafsi yang tiada berlafaz dan tiada bersuara itu.
Al Imam Al Asy'ari telah berkata kepada pihak yang pertama bahwa menafikan AlLah Taala dari sifat dekat dan bertemu dengan makhluk itu dan dari berupa adalah betul, tetapi wajib di atas kamu mengaku tajalli AlLah itu dengan tiada berkaifiat. Dan dia berkata kepada pihak yang lain: Jangan kamu sabitkan rupa dan dekat dan bertemu dan segala perkara membawa AlLah Taala menjadi baharu (muhaddas) dan kamu betul jika kamu sabitkan boleh melihat AlLah bagi orang - orang mukminin di akhirat dengan tiada kaifiat.
Begitulah Al Imam Asy'ari telah berjaya menghimpunkan umat Islam dan menjadikan mereka bersatu padu, dan membasmikan orang-orang yang degil dan mematahkan keterlaluan mereka dan telah datang banyak soal dari merata negeri Islam dan dia jawab akannya, maka masyurlah namanya merata - rata alam Islam dan penuh dunia Islam dengan kitab - kitab Al Imam Al Asy'ari dan kitab tulisan pengikut -pengikutnya dalam perkara Sunnah RasululLah dan perkara menolak berbagai - bagai puak ahli bida'ah dan ahli ilhad dan ahlul kitab Yahudi dan Nasrani dan pengikut-pengikutnya telah berselerak di tanah Iraq, Khurasan, Syam dan negeri Maghribi.

IKTIQAD AHLI SUNNAH WAL-JAMA’AH
Apa dasar Iktiqad puak Ahli Sunnah Wal-Jama'ah ??
Erti "Ahli Sunnah Wal-Jama'ah" iaitu orang - orang yang mengikut perjalanan Nabi kita Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan menggunakan segala hadis - hadis yang sahih dan sabit dari Nabi kita dan mereka juga mengikut perjalanan sahabat -sahabat Radhiallahu Anhum dan menggunakan segala perkataan - perkataan sahabat yang betul dan sabit yang datang dari sahabat - sahabat itu, bagaimana tersebut di dalam Kitab At Tabsir Fiddin.
Berkata Syaikhuna Al 'Allamah Al Syeikh Muhammad Zahid Al Kauthari :
"Wajiblah kita berkata bahawa orang yang selamat (annaji) daripada api Neraka, siapa yang berjalan di atas perjalanan sahabat - sahabat Radhiallahu 'Anhum dan di atas perjalanan golongan orang Islam yang terbanyak daripada umat Islam, yang mereka berpegang kepada iktiqad - iktiqad dan hukum - hukum yang sabit adanya di dalam ugama Islam yang diketahui dengan ilmu dharuri (yang nyata tiada boleh disangkal dan tiada dapat dibantah sebagai ada matahari dan ada diri kita sendiri) dan lain - lain puak (yang tiada mengikut perjalanan sahabat dan perjalanan orang - orang Islam yang terbanyak daripada umat Islam) adalah mereka sesat", (menurut suatu hadis : tiap - tiap sesat itu bertempat di api Neraka).
Hendaklah diketahui bahwa berpecah puak - puak dalam perkara iktiqad dan bercabang - cabang puak - puak itu tiada berkesudahan sehingga habis tarikh hidup manusia, maka tiadalah sayugia ditentukan sekian - sekian banyak bilangan puak - puak yang sesat itu, kerana sentiasa ada sahaja puak - puak yang mereka menimbulkan fikiran sesat itu dan fahaman yang menyeleweng (dari perjalanan sahabat dan perjalanan orang - orang Islam yang terbanyak), selagi ada hidup manusia dalam dunia ini. Di ambil dengan ringkas dari pendahuluan bagi kitab At Tabsir Fiddin.
Telah berkata puak Ahli Sunnah Wal-Jama'ah dan telah ijma' dan muafakat mereka bahawa dasar iktiqad seperti berikut:
1.  Alam iaitu tiap - tiap yang lain daripada AlLah Taala itu baharu seperti bintang - bintang, matahari, bulan. Langit, bumi dan isi kandungan keduanya.
2.  Wajib wujud ada AlLah Taala
3.  Tiada siapa yang menjadikan sesuatu melainkan AlLah jua.
4.  AlLah Taala itu qadim kekal selama - lamanya.
5.  AlLah Taala itu bersifat dengan sifat - sifat ilmu (ketahui), kudrat (kuasa) dan lain - lain sifat kesempurnaan bagi AlLah Taala.
6. Tiada ada sesuatu serupa dengan AlLah, dan tiada ada lawan bagi AlLah dan tiada ada sebaya bagi AlLah Taala.
7. Tiadalah AlLah Taala bertempat di mana - mana tempat.
8.  Tiadalah ada sesuatu yang baharu ada pada zat AlLah Taala.
9. AlLah Taala itu tiada mengambil sesuatu ruangan yang lapang, tiadalah AlLah Taala ada pada suatu pihak, dan tiadalah AlLah Taala dikatakan bergerak, berpindah tempat, jahil, bodoh, bohong, dan tiada ada sesuatu pun sifat kekurangan boleh disandarkan kepada AlLah Taala.
10. AlLah Taala itu boleh dilihat oleh orang - orang mukminin di akhirat kelak.
11.      Apa yang AlLah Taala berkehendakkan, nescaya ia akan berlaku, dan apa yang AlLah Taala  tiada berkehendak maka tiadalah ia akan berlaku.
12.AlLah Taala itu terkaya dari tiap - tiap sesuatu dan AlLah Taala tiada berhajat pada sesuatu.
13.Tiada wajib di atas AlLah Taala membuat atau meninggalkan sesuatu, kiranya AlLah Taala beri pahala kepada seseorang maka itu hanya dengan limpah kurnia kelebihan AlLah, dan kiranya AlLah Taala seksa seseoerang itu maka itu hanya berlaku dengan keadilan AlLah jua.
14. AlLah Taala membuat sesuatu tiada dengan ada tujuan mendapatkan faedah dari sesuatu itu.
15. Tiada sesiapa yang menjadi hakim memerintah AlLah Taala.
16.Tiadalah boleh dikatakan pada apa yang dibuat atau dihukumkan AlLah Taala itu suatu perkara yang zalim dan aniaya dan menyeleweng.
17.AlLah Taala itu tiada bersuku - suku dan tiada ada baginya had, dan tiada ada baginya batasan dan perenggan dan sempadan.
18. AlLah Taala berkuasa pada menambah bilangan makhlukNya dan AlLah Taala berkuasa pada mengurangkan bilangan makhluk itu.
19. Jisim manusia dan makhluk akan
·   dihidupkan semula pada hari qiamat adalah benar dan betul.
·   Begitu juga benar bahawa balasan baik atau jahat di atas perbuatan makhluk, dan
·   kira-mengira di atas perbuatan makhluk,
·   titian Sirat yang dilintangkan di atas api Neraka,
·   neraca timbangan bagi makluk,
·   Syurga telah ada sedia dan Neraka itu telah ada sedia dijadikan,
·   kekal ahli Syurga di dalam Syurga selamanya dan kekal ahli Neraka dalam Neraka selamanya, semuanya itu benar dan betul dan hak.
20.Harus dan boleh bagi AlLah Taala mengampunkan kesalahan orang yang berbuat dosa.
21.Rayuan syafaat minta ampunkan kesalahan kepada AlLah Taala itu adalah rayuan itu hak dan betul dan benar.
22.AlLah Taala telah menghantarkan Rasul - rasul dengan disokong oleh berbagai - bagai mukjizat itu, dari semenjak Nabi Adam Alaihis Salam sehingga Nabi kita Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kesudahan rasul - rasul tiada ada nabi atau rasul lepas dan sesudah Nabi kita Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, semuanya itu betul, benar dan hak.
23.Sahabat - sahabat yang mengikat taat setia kepada RasululLah Sallallahu Alaihi Wasallam di bawah pokok yang dinamakan Bai'atul Redzwan itu dan sahabat - sahabat yang ada di dalam pasukan peperangan di tempat yang dinamakan Badar itu semuanya mereka dari golongan ahli Syurga.
24.Raja yang memerintah umat Islam wajib dilantik oleh orang - orang Islam yang berpengaruh yang dinamakan mereka Ahlul Hilli Wal Aqdi.
25.Pemerintah yang benar, betul dan hak selepas wafat Nabi kita Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ialah Khalifah Sayidina Abu Bakar, kemudian Sayidina Umar, kemudian Sayidina Othman kemudian Sayidina Ali Radhiallahu 'Anhum Ajmain.
26.Khalifah yang lebih afdal dan lebih utama mengikut tertib dan susunan di atas ini iaitu
·         Khalifah Sayidina Abu Bakar, kemudian
·         Sayidina Umar, kemudian
·         Sayidina Othman kemudian
·         Sayidina Ali Radhiallahu 'Anhum Ajmain.
27.Kita Ahli Sunnah Wal-Jama'ah tiada menghukum kafir ke atas seseorang yang sembahyang menghadap Kiblat Kaabah di Mekah Al Mukarramah, melainkan kiranya orang itu menafikan ada tuhan yang menjadikan alam ini yang bersifat Maha Kuasa dan bersifat Maha Mengetahui, atau kiranya dia menyekutukan sesuatu dengan AlLah (syirik) atau kiranya dia ingkarkan seseorang Nabi daripada Nabi - nabi AlLah Taala yang telah nyata kenabiannya atau ingkarkan sesuatu yang telah datang daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang telah diketahui dengan ilmu dan ketahui yang dharuri, atau dia ingkarkan sesuatu perkara yang ijmak dan sekata ulama Islam pada seperti dia ingkarkan perkara yang telah sabit ijmak ulama di atas haram perkara itu.
Ini adalah iktiqad Ahli Sunnah Wal-Jama'ah dan pegangan kepercayaan mereka Adapun puak - puak yang lain dari tersebut adalah bida'ah dan tiada kufur, maka iktiqad Ahli Sunnah Wal-Jama'ah itu seperti yang disebutkan di atas ini adalah iktiqad yang selamat dan sejahtera dan sentosa dari api Neraka. Adapun iktiqad yang lain dari tersebut adalah bida'ah dan tiada kufur dan tiap - tiap bida'ah itu sesat dan tiap - tiap yang sesat itu adalah balasannya Neraka.
Berkata Al Imam Tajuddin Assubki dalam Mu'aidunni'am Wal Mubidunniqam :
  • Orang - orang mazhab Hanafi,
  • orang - orang mazhab Asy Syafi'e dan
  • orang -orang mazhab Maleki dan
  • orang -orang yang baik dari mazhab Hanbali
Alhamdulillah dalam perkara iktiqad semuanya bersatu, semuanya mereka berjalan di atas fikiran Ahli Sunnah Wal-Jama'ah, semuanya berugama dan menyembah AlLah Taala menurut Imam Ahli Sunnah iaitu Al Imam Abu Al Hassan Al Asy'ari Rahimahullah Taala.

PENERANGAN MENGENAI PENGERTIAN ‘ADUM’ BAGI MAKHLUK DAN PENGERTIAN ‘ADUM’ YANG DIBANGSAKAN PADA SIFAT ‘SALBIAH’ BAGI KETUHANAN     
Alhamdulillah..bermula segala puji-pujian yang empat itu selayaknya hanya tertentu buat Allah Subhanahuwa Taala, Tuhan Yang Sebenar-benar Maujud Yang Tiada ada sertaNya itu sesuatu; Tuhan yang telah mengangkatkan tabir kegelapan malam kepada cahaya benderang yang membimbing hamba-hamba ke arah jalan Yang Haq, Tuhan Yang Mengurniakan kelebihan kepada orang-orang yang berilmu beberapa darjat yang tinggi lagi mulia.
Saudara telah mengemukakan satu kemusykilan mengenai sifat 'adum bagi kehambaan dan sifat adum yang dibangsakan kepada 'Sifat Salbiah' bagi Ketuhanan kepada suluk,  sedangkan suluk bukanlah ahlinya yang dapat memberi penjelasan yang sebaik-baiknya mengenai hal tersebut.  Penerangan di bawah adalah sebagai panduan semata-mata dan untuk mendapat penjelasan yang lebih lanjut, bahasan yang lebih mendalam, eloklah dirujuk kepada guru-guru yang ahli dalam bidang ini.
Ketahuilah oleh mu wahai saudaraku,  tersebut dalam Kitab Usuluddin(Tauhid) "Ad-Darus-Sammi" adalah Iman manusia yang mukmin itu terdiri daripada beberapa pangkat atau darjat; Ada kalanya dengan taklid dan adakalanya Arif.
Maka orang yang taklid  itu ialah mereka yang beri'tiqad dengan yang jazam(putus) lagi muafakat dengan yang sebenarnya yang keluar dari hatinya lagi membenarkan mereka sesuatu perkara yang dikhabarkan dengan ketiadaan dalil dan burhan. Dengan lain perkataan,  mereka adalah golongan awam yang "Pak Turut".
Maka yang Arif itu ada kalanya;
1.  I'tiqadnya itu jazam lagi muafakat dengan yang sebenar(haq) pada Allah serta dengan dalil dan burhan.  Inilah kebanyakan ahli zhohir.  Dan adakalanya;
2.  I'tiqadnya itu jazam lagi Muthobik dengan Haq serta Mustaqir dengan didapatinya dengan Wujdan dengan ketiadaan berkehendak kepada dalil dan burhan.  Malah Allahlah yang menjadi Madlul kepada kewujudan alam iniMaka inilah Iman Ahli Khowas yang terdiri dari kalangan Ulama Muhaqiqin, Ahli sufiah dan Wali-Wali Allah.  Dan adakalannya;
3.  Imannya itu sebab syuhud akan tajalli TuhanNya ata mata hatinya.  Maka jadi hapuslah padanya wujud yang lain.  dan dilihat(diyakini)  Allah jua yang maujud tiada ada sertaNya seperti yang disebutkan pada Hadis Rasulullah saw. yang bermaksud;
"Adalah Allah maujud dan tiada ada sertaNya itu sesuatu dan iaitu sekarang seperti barang yang ada dahulu atasNya."
Inilah sehingga-sehingga pangkat yang di atas martabat Iman Khowasul-Khowas.
Keimanan pada golongan Arifbillah yang terakhir inilah jawapan kepada persoalan saudara tentang 'Adum bagi hamba.  Inilah adalah kerana dari segi pandangan hakikat,  sesuatu selain Allah atau sesuatu yang masuk di bawah kalimah "KUN" atau sesuatu yang dijadikan(hamba),  sebenarnya mereka adalah a'dum atau tidak wujud.  Jika ada panggilan "wujud" pun pada mereka sekali pun,  itu adalah sebagai menyatakan asar(bekas) akan kewujudan Allah yang Mutlak.  Wujud hamba adalah Wujud yang Mazaji (pinjaman), Wujud yang 'Aridi(baru), Wujud yang Muqayad(berkait dengan Wujud Allah Yang Zatti).  Tidaklah dapat dikatakan sesuatu itu memiliki hakikat wujud malah ia adalah adum semata-mata sekiranya;
  • Wujudnya asal dari 'adum, kemudian ada; kemudian lagi akan tiada
  • Wujudnya yang dijadikan atau diciptakan oleh Yang Menjadikan
  • Wujudnya yang melazimi sifat-sifat yang baru seperti jisim dan aradh.
  • Wujud yang berada dalam taraf  "Mumkinal Wujud" (boleh jadi ada atau boleh jadi 'adum)
Dengan itu jelaslah bahawa segala sesuatu selain daripada Allah adalah 'adum semata-mata. Inilah hakikat wujud bagi hamba yang mana ianya 'adum apabila dihadapkan dengan kewujudan Allah Yang Maha Esa.
Berkaitan dengan 'adum bagi sifat "Salbiah" bagi Ketuhanan, kita perlu mengupas bicaranya mengikut pandangan atau pegangan golongan Arif yang pertama seperti yang telah disentuh di atas.  Golongan ini adalah kaum Mutakallimun yang berpegang kepada kajian mereka tentang Ketuhanan ini bersandarkan kepada nas dalil-dalil (Naqli dan Aqli) dan burhan dengan menggunakan ilmu-ilmu alat yang lain.  Untuk itu, dalam memperkatakan sesuatu, mengenai sifat-sifat yang wajib bagi Allah, dalam usaha untuk mentahqiqkan hujah-hujah mereka mengenai sesuatu sifat, banyaklah istilah-istilah Ilmu Kalam yang digunakan untuk menunjukkan, mengkelaskan atau mengkategorikan sifat-sifat Allah dengan tujuan untuk mudah difahami oleh orang lain di samping untuk mengelakkan daripada kekeliruan-kekeliruan yang mungkin dipegangi oleh seseorang.
Sesungguhnya sifat-sifat Allah itu tiada terhingga banyaknya dengan KamalatNnya. Sifat-sifat Yang Wajib bagi Allah yang "Wajib" ditafsili oleh setiap mukallaf ialah sebanyak 20 sifat. Dibahagikan 20 sifat ini kepada  empat bahagian iaitu;
·         Sifat Nafsiah,
·         Sifat Salbiah,
·         Sifat Maani dan
·         Sifat Maknuwiyyah.
Kita fokuskan kepada bahasan Sifat  Salbiah sebagai menjawab persoalan saudara.
Adapun makna Sifat Salbiah ialah "ibarat" (sekadar ibarat sahaja, bukan ada apa-apa) daripada menafikan sesuatu yang tidak patut atau tidak layak bagi Haq Taala.  Dan "ibarat" daripada itu tiada ia maujud pada zat dan tiada ia maujud pada memberi bekas pada khorij ini(kenyataan atau bekasNya); hanya ia maujud pada "khabar"jua kerana Sifat Salbiah ini hanyalah sebagai mengkhabarkan kelakuan zat jua.
Dengan lain perkataan sifat Salbiah ini hanyalah semata-mata sebagai ibarat atau perkhabaran untuk mentafsirkan hal zat yang Wajibal Wujud.  Lima sifat Allah ini adalah sifat-sifat yang dibilang untuk memperihalkan hal atau kelakuan wujud(zat) Allah. Seperti kita katakan;
Zat itu adalah zat yang qidam sebagai "ibarat" untuk menafikan yang Allah itu ada permulaan. Tiada ada mendahului Allah oleh 'adam itulah kelakuan zat yang disabitkan dalam sifat nafsiah(Wujud/Ada).
Zat itu adalah zat yang baqa sebagai "ibarat" untuk menafikan yang Allah itu ada kesudahan atau binasa. Tiada memutuskan "ada"Nya Allah oleh 'adam itulah kelakuan zat yang disabitkan dalam sifat nafsiah(Wujud/Ada).   .
Zat itu adalah zat yang Mukholafatahu lilhawadis sebagai "ibarat" untuk menafikan yang Allah itu ada persamaan dengan sesuatu yang baru. Ketiadaan menyamai Allah Taala dengan sesuatu yang baru  itulah kelakuan zat yang disabitkan dalam sifat nafsiah(Wujud/Ada).   .
Zat itu adalah zat yang Qiyamuhu Binafsih sebagai "ibarat" untuk menafikan Ada(Wujud)nya  Allah itu "dengan" (berhajat kepada) sesuatu yang lain. Tiada berhajat Allah kepada zat yang lain, tiada berhajat kepada fail(penjadi) dan tiada berhajat kepada mukhosis (sesuatu yang menolak kekuranganNya)  itulah kelakuan zat yang disabitkan dalam sifat nafsiah(Wujud/Ada).   .
Zat itu adalah zat yang Wahdaniah sebagai ibarat untuk menafikan yang Allah itu ada dua(bersekutu). Keesaan pada zat, sifat dan afaal  itulah kelakuan zat yang disabitkan dalam sifat nafsiah(Wujud/Ada).   .
Dengan itu, Siifat Salbiah ini dikatakan juga sebagai sifat  'Adami atau sifat yang dibangsakan(diistilahkan) sebagai sifat yang tiada('adum) kerana ianya tidak maujud pada zihin dan tidak maujud pada khorij.
Adapun makna tidak maujud pada zihin ialah "tidak maujud  sifat  pada zat"
Adapun makna tidak maujud pada khorij ialah "tidak memberi bekas sifat kepada wujud alam ini"
Berbeza dengan sifat Maani yang tujuh itu. Sifat Maani adalah sifat yang "Wujudi". Sifat Maani adalah  maujud pada zihin dan maujud pada khorij kerana sifat maani itu nyata pada zat dalam ta'kulan kita dan nyata bekasnya pada kewujudan alam ini yang dijadikan dengan Qudrat, Iradat, Ilmu, dan HayatNya.
Dengan sebab itulah, jika ditinjau dari segi kedudukan Martabat Ketuhanan, Sifat Nafsiah dan Sifat Salbiah itu tergolong ke dalam Martabat Zat manakala  Sifat Maani ini tergolong dalam Martabat Sifat.dan Sifat Maknuwiyyah dalam Martabat Asma.
Semoga terjawab kemusykilan saudara.  Selebihnya baiklah dirujuk kepada guru-guru yang ahli dalam bidang Ilmu Tauhid ini agar saudara mendapat penerangan yang sejelas-jelasnya mengenai perkara tersebut.
Allahu A'lam.

NASIHAT KEPADA ORANG-ORANG SYIAH
Oleh: Abu Bakar Al-Jazairi
Diterjemah oleh: Ustaz Ahmad Hussain

Hakikat yang ketujuh.
Pegangan yang mempercayai bahawa sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. telah murtad dan menjadi kafir selepas wafat Rasulullah s.a.w. kecuali Ahlul Bait dan beberapa orang sahabat sahaja seperti Salman, Ammar dan Bilal.
Pemimpin-pemimpin Syiah terdiri dari ahli feqah dan ulama hampir-hampir ijma’ mengatakan murtad dan kufur para sahabat Rasulullah s.a.w. kecuali Ahlul Bait sahaja. Buku-buku Syiah dan karangan-karangan mereka terang-terang menuturkan hal ini dan biasanya tidak disembunyikan kecuali keran mengamalkan dasar “al-Taqiyyah” yang wajib disisi mereka.
Untuk membukti dan menguatkan hakikat ini, kami bawakan beberapa nas dari kitab-kitab Syiah seperti:
1. Dalam buku “Al-Raudah Al-Kafi” karangan Al-Kailani, pengarang buku “Al-Kafi” halaman 202 mengatakan: Daripada Hannan daripada ayahnya daripada Abi Jaafar, ia berkata: Telah jadi murtad oleh manusia selepas wafat Rasulullah s.a.w. melainkan tiga orang sahabat sahaja iaitu Al-Miqdad, Salman dan Abu  Zar.
2. Dalam kitab tafsir “Al-Safi”, iaitu sebaik-baik tafsir disisi Syiah mengandungi beberapa riwayat mengithbat dan membenarkan pegangan bahawa para sahabat telah menjadi murtad sesudah wafat Baginda s.a.w. kecuali Ahlul Bait dan beberapa orang seperti Salman, Ammar dan Bilal r.a.
3. Mengenai Abu Bakar Al-Siddik dan Omar bin Al-Khattab r.a. didalam buku-buku Syiah banyak nas-nas yang mengkufurkan kedua-duanya, seperti dalam kiatab Al-Kilaini halaman 20, ia berkata: Saya pernah bertanya Abi Jaafar tentang Abu Bakar dan Omar, Abu Jaafar menjawab: Kedua orang itu meninggal sedang mereka tidak bertaubat dan tidak sedar apa yang mereka lakukan terhadap Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib. Maka Allah dan para malaikat-malikatNya juga manusia semuanya melaknatkan mereka.
4. Dalam buku Al-Kailani juga halaman 20, Abu Jaafar berkata: Engkau menanya aku tentang Abu Bakar dan Omar? Sesungguhya kedua orang itu telah menjadi munafik kerana mereka berdua menolak kalam Allah dan bersenda-senda dengan Rasulullah, mereka adalah kafir, dilaknat oleh Allah, malaikat-malaikatNya dan oleh manusia semuanya!
Wahai orang-orang Syiah! Apakah hukuman kufur dan murtad keatas para sahabat itu merupakan hukuman yang wajar dan boleh diterima akal sedang mereka itu adalah:
·         orang yang hampir dengan Rasulullah
·         pembantu dan pembela syariat Allah
·         orang yang diredhai oleh Allah seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran
·         orang yang dibri berita baik dan gembira dapat memasuki syurga sebagaimana yang telah diceritakan oleh Rasulullah s.a.w.
·         dengan jasa-jasa mereka Allah peliharakan Islam
·         dengan jasa-jasa mereka Allah muliakan kaum Muslimin
·         Allah kekalkan sebutan baik bagi mereka diseluruh alam hingga hari Qiamat.
Wahai orang-orang Syiah! Cuba jawabkan pertanyaan saya ini: Disebalik hukuman kufur dan laknat kepada para sahabat itu tidak ada tujuan? …. Tentu ada tujuan ….. apakah tujuan itu?
Tujuannya ialah:
Menumbangkan Islam, yang menjadi musuh ideologi Yahudi dan Majusi, musuh segala bentuk syirik dan keberhalaan.
Mengembalikan kerajaan Majusi Kisrawi setelah mana tampuk pemerintahannya dihancurkan oleh Islam, singgahsananya diruntuhkan, pengaruh dan keujudannya dihilanglenyapkan dan InsyaAllah dilenyapkan selama-lamanya. Kerana peristiwa yang berlaku dalam sejarah Islam lebih jelas dari ungkapan kata, iaitu pembunuhan yang dilakukan keatas khalifah yang kedua, Omar bin Al-Khattab….
  • …. tidakkah pembunuhan itu dilakukan oleh seorang Majusi?
  • …. tidakkah panji fitnah untuk menentang khalifah Othman bin Affan sehingga beliau tekorban. Itu dirancangkan oleh seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba’?
  • …. dan tidakkah ini benih kejahatan dan bibit fitnah pertama yang ditaburkan didalam negara Islam?
Fahaman Syiah yang kotor dan lahirlah kanak-kanak itu membawa panji bid’ah iaitu dasar “Al-Wilayah” dan “Al-Imamah” sebagai dua bilah pedang yang terhunus diatas kepala Islam dan Muslimin.
  •  …. Kerana beriman kepada dasar Al-Wilayah inilah mereka mengkufurkan para sahabat nabi dan melaknatkan mereka, mengkufurkan dan melaknatkan setiap orang Islam yang berpuasahati dan cinta kepada para sahabat Rasulullah s.a.w.
  • …. Kerana beriman dengan dasar Al-Imamah yang direka-reka inilah dirancangkan komplot atau pakatan jahat menentang Khilafah Al-Muslimin, mencetus api peperangan yang hebat diantara mereka, menumpah darah, meroboh binaan Islam supaya asasnya berselerak dan sendi pemerintahannya bergoncang. Musuh Islam dari kalangan orang-orang Islam sendiri sama juga dari musuh Islam dari umat lain dan penentang Islam dari kalangan orang-orang yang mengaku muslim sama juga dengan penentang-penentang Islam dari orang-orang yang mengingkari Islam.
Diatas asas dan tujuan inilah diada-adakan akidah Syiah dan mazhabnya sehingga ianya dijadikan sabagai suatu ugama yang terpisah dari Islam, dimana ia menpunyai beberapa asas dan dasar, mempunyai kitab (Al-Quran?) dan sunnah, ilmu dan pengetahuan yang tersendiri, berlainan dengan ugama pegangan umum orang Islam.
Wahai orang-orang Syiah! Jika kamu masih syak dan ragu-ragu dalam hal ini, cubalah ruju’ dan perhati beberapa hakikat dan bukti yang telah kami jelaskan, kerana sekiranya dasar Al-Wilayah itu tudak bertujuan jahat tentu sekali ia tidak berperanan memecahbelahkan orang-orang Islam dalam ertikata menaburkan bibit-bibit fitnah dan permusuhan diakalangan mereka, kerana orang-orang Islam dari kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah sahaja berhak dipanggil muslimin. Sebab tidak ada seorangpun dari kalangan mereka yang benci kepada Ahlul Bait.
Kalau begitu mengapa orang-orang Syiah mengaku adanya keistimewaan Al-Wilayah?
  • …. menjadikan Al-Wilayah sebagai tujuan dan matlamat?
  • …. dengan dasar Al-Wilayah mereka memusuhi orang-orang Islam?
  • … malah dengan dasar Al-Wilayah juga mereka mengkufur dan melaknatkan orang-orang Islam?
Demikain pula dasar Al-Wilayah, apakah tidak termasuk dalam ertikata berpura-pura dan sia-sia apabila apabila orang-orang Syiah tidak bersetuju dengan dasar Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang memberi kebebasan kepada orang-orang Islam memilih orang yang akan memerintah mereka dengan syariat Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w., mereka berhak memilih dan siapa sahaja dari kalangan orang-orang Islam yang mereka pandang sesuai untuk dijadikan Imam (pemimpin) berdasarkan keahlian dan kemampuan yang ada padanya. Tetapi orang-orang Syiah mensyaratkan Imam itu pasti orang yang diwasiat, dinaskan sebagai Imam, maksum dan dari wahyu.
  • …. maka bilakah orang-orang akan berjumpa dengan Imam seperti ini?
  • …. apakah kerana dasar Al-Wilayah ini, orang-orang Syiah memilih jalan sendiri melaknat dan memusuhi orang-orang Islam?
Dengan itu, nyatalah wahai orang-orang Syiah bahawa akidah “Al-Wilayah” dan “Al-Imamah” adalah alat untuk menyesat dan menipu, yang bertujuan meruntuh Islam dan menghancurkan perpaduan ummah.
Cara untuk menuju keselamatan ialah:
1.     Iman yang sahih
2.     Amal yang salih
Kedua-dua ini tidak akan ditemui kecuali didalam kitab Allah dan sunnan RasulNya s.a.w. Kamu tidak akan merasai iman yang sahih dan amal yang salih selama mana kamu terkurung didalam penjara mazhab Syiah kecuali apabila kamu lari keluar daripadanya menuju kepangkuan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
  • …. Kamu akan dapati kitab Allah bersih dari segala campuran ta’wil yang bathil, yang sengaja dipegang oleh pendakwah-pendakwah Syiah untuk menyesat dan merosakkan orang lain.
  • …. Kamu akan dapati sunnah nabi yang sahih dan suci dari pendustaan dan kesyiahan.
Wahai orang-orang Syiah! Berhijrahlah kamu kepada pangkuan kitab Allah dan sunnah RasulNya s.a.w. nescaya kamu akan dapati tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak.
Dan diakhir ini ingin saya jelaskan bahawa nasihat saya ini bukanlah kerana tamak kepada apa yang ada disisi kamu atau disisi orang lain, atau takut kepadamu atau kepada orang lain. Saya sampaikan nasihat ini kerana kerana berdasarkan persaudaraan dan kewajipan kepada Allah, kepada kitabNya, kepada rasulNya dan nasihat kepada pemimpin-pemimpin muslimin dan umum orang Islam.
Inilah sebab yang saya sampaikan nasihat untuk kamu dengan harapan agar dengan nasihat yang baik ini Allah memperluaskan dada kamu dan taufiqkan kamu kepada kejayaan dunia dan akhirat.

APABILA ULAMA DICABAR
Pada suatu ketika,  kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri.  Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam.  Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait denngan ketuhanan.  Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya.  Setiap kali cabarannya disahut,  hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.  Dari kejadiannya ini,  tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya.  Lalu Khalifah memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain,  kalau-kalau masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri.  Akhirnnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asy ari,  seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya.
            Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan.  Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad.  Sehari sebelum pertemuan itu lagi,  Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai.  Masing-masng menaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri kerana beliaulah satu-satunya ulama yang diharapkan.
             "Subhanallah.... Subhanallah .... Walauhaulawala quwwata illa billahi aliyyil azim....!"  Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat mensucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung.  Dia beristighfar terus.  Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah bermacam tohmahan yang dilemparkan oleh Dahri yang biadab dan matarialis itu.  Mempertikaikan KeEsaan Allah SWT buukanlah perkara kecil dalam Islam.  Ini kes berat!  Hatinya cukup pedih.  Roh ketauhidannya bergelora.  Mahu rasanya dipenngal leher si Dahri yang angkuh itu di depan ribuan mata yanng turut hadir dalam majlis iru.
               Keesokannya,  pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah,  murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya.  Namanya yang sebenar ialah Nu' man,  yang ketika itu usiannya masih lagi remaja.  Bila ternampak keadaan gurunya itu,  Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian.  Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar.  Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi,  lalu dikhabarkan kepada muridnya itu.  Abu Hanifah mendengarnya dengan penuh khusyuk.
               "...Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah.  Di sana kulihat ada sepohon kayu yand rendanng dan lebat buahnya.  Tiba-tiba,  di situ keluar seekor khinzir dari hujung sebuah kampung.  Lalu habis dimakannya buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu.  Hingga ke daun dan dahan-dahannya habis ditutuh.Yang tinggal cuma batangnya sahaja.Dalam pada itu juga keluar seekor harimau daripada umbi pohon rendang tadi lalu menerkam khinzir itu dengan gigi dan kukunya yang tajam.Lalu,khinzir tadi mati disitu juga."
                Hammad termenung seketika.  Kekalutan pemikiran yang telah dicetuskan Dahri, yang boleh menggugat pegangan aqidah umat ini,tidak boleh di biarkan. Mesti dihapuskan segera. Wajahnya yang tenang bagai air sungai yang mengalir jernih, masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu genting. Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga dikurniakan Allah ilmu menta'bir mimpi, sebagai mana nabi Allah Yusuf. Pada pengamatannya juga, mimpi tersebut akan memberi petanda baik bahawa si Dahri pasti akan menerima padahnya nanti. Dan setelah mendapat keizinan gurunya, dia pun cuba mentafsirnya:
                 " Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yang luas lagi indah itu adalah tamsilan kepada agama Islam kita. Pokok yang berbuah lebat itu adalah tamsilan kepada sekalian ulamannya. Manakala sepohon kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri. Dan khinzir yang tiba-tiba muncul dan merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri. Manakala harimau yang keluar lalu membunuh khinzir tadi... adalah saya..." jelas Abu Hanifah.
                    Beliau juga memohon izin untuk membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Betapa gembiranya hati Iman Hammad bila tercetusnya hasrat itu dari hati muridnya sendiri.   Maka berngkatlah ilmuan budak itu bersama gurunya untuk pergi ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya,  sebelum menyampaikan dakyahnya,  Dahri akan mencabar dan memperleceh-lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.
                  " Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!" Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah.
                   " Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku...Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan...!" Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.
                    " Wahai Dahri," balas Abu Hanifah," sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa."  Abu Hanifah lalu membacakan sebuah firman Allah SWT yang bermaksud:
" Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimul antara kamu beberapa darjat."(Al-Mujadalah : 11 )
.
                    Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.perdebatan antara Abu Hanifah dengan tokoh Ad- dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiran materialisdan ateisnya itu,berlangsung dengan mendebarkan.
                    "Benarkah Allah itu wujud?,"  soal Dahri memulakan majlis dialognya.
                    "Bahkan Allah memang wujud,"  tegas Abu Hanifah.
                    "Kalau Allah maujud (wujud),  di manakah tempatnya..??"  Suara Dahri semakin meninggi.
                    "Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!"  jelas Abu Hanifah.
                    "Hairan,  kau kata Allah itu wujud,  tetapi tidak bertempat pula...?" bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.
                    "Ah, itu senang sahaja wahai Dahri.  Cuba kau lihat pada dirimu sendiri.  Bukankah pada dirimu itu ada nyawa..."  Abu Hanifah mula berhujah.  Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh minat.
                    "Bahkan,  memang aku ada nyawa,  dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!"  sahut Dahri.
                    "Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...?  Dikepalakah,  diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?"  Terserentak Dahri seketika.  Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri.  Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri,  seraya berkata: " Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?"
                    Pantas Dahri menjawab, "Ya,  bahkan!"
                    Abu Hanifah bertanya lagi, "Kalau begitu dimanakah lemak itu berada...?  Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah...?"  Sekali lagi Dahri terserentak,  tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.  "Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya,  masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya ini?  Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini,  pun ciptaan-Nya,  yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!"  Suasana menjadi agak bingar.  Dahri terpaku di kerusi.  Terbungkam lidahnya.  Merah mukanya.  Kesabarannya mula terburai.  Bila keadaan agak reda,  Dahri membentangkan soalan.
                   "Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah.  Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti..."  Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah,  murid Imam Hammad yang pintar ini.
                   "Wahai Dahri!  Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap Qadim dan Azali.  Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir",  tegas Abu Hanifah,  ringkas tapi padat.
"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya?  Dan mana mungkin Dia  pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas Nya....?"  Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.
Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan,  "Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri.  Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu.  Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?"  Sambil menuding ibu jarinya ke langit.  Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian.  "Dan pada jari manis kau itu,  ada lagikah jari yang selepasnya..."  Dahri membelek-belek jarinya.  Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah.  "Jadi...!  Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir,  apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya."
Sekali lagi Dahri tercenggang.  Bungkam.  Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai.  Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya.  Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea.  Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum.  Hati Dahri bergelodak bagai air tengah menggelegak.
"Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!"  Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok.
"Allah itu ada, kata mu.  Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?"  Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.
"Ini soalan yang sungguh menarik.  Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang,"  Katanya.  Pemuda ideologi Ad- Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:
"Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahwa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar.Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini… !"
Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri.  Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai.  Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.  Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat.  Kemunculan Mazhab Hanafi dalam fiqh Syar'iyyah, juga mengambil sempena nama ulama ini.

IFTIROQUL UMMAH

E.H.Sulaeman (bajurian@melsa.net.id)
Mon, 11 Nov 1996 14:04:28 +0700
Assalaamu'alaikum w.w
Menyusul posting FIQHUL IKHTILAF,  tentang hadits Iftiraqul Ummah yang dianggap oleh DR. Yusuf Qardhawi adalah dhoif.  Tanpa menafikan niat baik dari beliau,  endra informasikan bahwa hadits yang dibawakan  DR. Yusuf Qardhawi memang jalur periwayatannya dhoif.  Sedangkan hadits Iftiraqul Ummah tidak hanya itu; banyak jalan-jalannya lain yang diantaranya ada yang DHOIF, HASAN, maupun SHAHIH.
Bagi para Isnetter yang ingin tau kupasan tentang  "Iftiraqul Ummah", akan endra postingkan lewat jalur pribadi. Baik dari ceramahnya Ust. Abu Haidar maupun dari Tulisan Abu Aufa. Mohon cantumkan ID yang lengkap ].
Berikut adalah Nash hadits tentang Iftiroqul Ummah,  yang mana hadits2 ini Mashur dikalangan Para Ulama Muhadditsin :
1. Dari Sahabat Abu Hurairah r.a :         
-------------------------------
" Yahudi telah berpecah menjadi 71 golongan, dan Nasoro telah berpecah menjadi 72 golongan, dan
akan berpecah umatku menjadi 73 golongan. "[ Abu Daud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban,
Al-Azzuri, Hakim, Ahmad, Abu Ya’la, Ibnu Abi Asim ] Dan Tirmidzi berkata hadits ini HASAN-SHAHIH.  Hakim berkata SOHIHUN ala Shahih Muslim dan disetujui oleh Ad-Dzahabi.
2. Dari Sahabat Auf Bin Malik r.a :         
--------------------------------
" Yahudi berpecah menjadi 71 golongan,  1 masuk sorga dan 70 masuk neraka, Dan Nasoro berpecah menjadi 72 golongan,  70 masuk neraka dan 1 masuk sorga, Dan demi yang diri Muhammad ada ditangan-Nya  Sesungguhnya umatku sungguh-sungguh akan berpecah menjadi 73 golongan, 1 di sorga dan 72 di neraka;  kemudian sahabat bertanya: ‘Ya Rasulullah, Siapa mereka itu (Wahidatun Fil Jannah), dijawab oleh Nabi SAW, yaitu ‘Al-Jama’ah’ " [ Ibnu Majah, Ibnu Abi Asim dalam As-Sunnah,  Imam Al-Laalikai ]     
-> hadits ini di SHAHIH-kan oleh para ulama.
3. Dari Sahabat Annas Bin Malik r.a       
--------------------------------
Dengan lafadz seperti di atas.  [ Ibnu Majah, Ibnu Abi Asim ] Hadits ini di HASAN-kan oleh para ulama.
4. Dari Sahabat Muawiyah Bin Abi Sofyan r.a :   
------------------------------------------
" Rasulullah SAW pernah berdiri ditengah-tengah kami  kemudian beliau bersabda : " Ketahuilah sesungguhnya orang yang sebelum kamu daru Ahlul Kitab berpecah menjadi 72 golongan. Dan sesungguhnya umat ini akan berpecah menjadi 73 golongan, 72 fin-Nar dan 1 masuk Sorga, yaitu Al-Jama’ah " ( Kalau pada hadits ke-3 dari Sahabat Auf bin Malik r.a Rasulullah di tanya, ‘siapa 1 masuk sorga itu’, tetapi dalam hadits ini Rasulullah langsung
menjawab ‘Al-Jama’ah’ ).
[ Abu Daud, Ad-Darimi, Ahmad, Hakim, Al-Azurri dalam As-Syari’ah, Ibnu Bathoh dalam Ibannah dan ImamAl-Laalikai dalam kitabnya Syarhus Sunnah ]
Hadits ini termasuk juga di HASAN-kan oleh para ulama, tetapi karena banyaknya sawahid, menjadi Shahih. Dalam Takhrijul Qishab oleh Ibnu Hajar Al- Asqalani dikatakan bahwa hadits ini Isnadnya Hasan.
5. Dari Sahabat Abdullah bin Amr bin Ash r.a :   
----------------------------------------------
" Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sungguh-sungguh akan datang atas umatku sebagaimana yang telah datang pada Bani Israil, sebagaimana sepasang sandal yang sama ukurannya, sehingga kalu dulunya pernah ada di kalangan Bani Israil orang yang menzinai ibunya terang-terangan niscaya akan ada diumatku ini yang melakukan demikian.  Dan sesungguhnya Bani Israil telah terpecah menjadi 72 golongan dan umatku akan terpecah menjadi 73 golongan.  Semua mereka bakal masuk neraka kecuali satu golongan yang selamat. para shahabat bertanya: "Siapakah mereka yang selamat itu ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: " yaitu golongan yang mengikuti Aku ada padanya pada hari ini dan yang mengikuti para Sahabatku." [ Hadits ini diriwayatkan lengkap oleh Tirmidzi, diterangkan pula oleh Hakim juz yang pertama, Ibnu Wadhoh, Imam Al-Azurri dalam kitabnya As-Syari’ah, Ibnu Nasr Al-Marwaji dalam kitabnya As-Sunnah Al-Laalikai, Abdul
Qahir Al-Baghdadi dalam kitabnya Al-Faruq bainal Firaq ]
Hadits ini dikatakan oleh Tirmidzi HASAN-GHARIB, Gharib artinya: untuk menafsirkan hadits-hadits sebelumnya.  Hadits ini dihasankan oleh Tirmidzi bukan karena secara sanad shahih, tetapi meng-hasankan karena Sawahidnya yang banyak. Hadits ini HASAN.
===================================================
Hadits2 ini termuat dalam kitab2 hadits, jadi bukan hanya dimuat dalam satu kitab, melainkan dimuat oleh para ulama dalam kitab-kitab hadits. Dan hadits ini dinilai oleh para ulama derajatnya "SHAHIH", karena satu sama lainnya menguatkan. Hal ini dijelaskan dalam ilmu Hadits.
Adapun ada nash Al-Qur’an yang menyatakan terjadinya Ikhtilaf maupun Taffaruq. (tidak saya cantumkan disini).
Note: (jalan keluar)      
------------
1. Nash Hadits tentang terjadinya "Iftiraqul Ummah"  adalah SHAHIH, dan kita wajib taslim.
Banyak sekali ulama yang menSHOHIHKAN hadits ini yang tidak endra cantumkan. Artinya dari ulama-ulama terdahulu sampai sekarang Semua men-Shahihkan hadits "Iftiraqul Ummah".
2. Pengingkaran terhadap Nash tsb. didasari oleh anggapan sebagian mereka bahwasanya hadits yang warid dari Nabi tentang Iftiraqul Ummah adalah mungkar. Yang mana anggapan tersebut dimaksudkan untuk menampakkan niat baik mereka terhadap umat ini. Sebab-sebab pengingkaran oleh sebagian yang lainnya adalah timbul dari kejahilan. Yang mana jahil Ini ada macamnya, diantaranya karena ketidak tahuan.
3. Adanya Nash yang menyatakan umat ini Taffaruq;  BUKAN berarti boleh untuk Taffaruq, juga BUKAN berarti kita pasrah begitu saja atas terjadinya Iftiraq pada umat ini. Sedangkan Rasulullah saw  mengabarkan pula jalan keluar dari Firqah-firqah fin-Nar, yaitu dengan berpegang teguh kepada " maa anaa ‘alaihi wa ashaabii "; "Apa yang aku dan sahabatku ada diatasnya " atau "jalan hidupku dan jalan hidup para shahabatku". Yang pada hadits ke-2 diatas dari Auf bin Malik r.a diterangkan bahwa jalan keluarnya adalah "Al-Jama’ah". Diterangkan juga oleh para ulama bahwasanya Al-Jama’ah adalah mereka senantiasa berpegang teguh kepada "Sunnahku dan Sunnah Para Sahabatku yang Rasyidin".
( lihat posting tentang makna Jama’ah pada Subjek:       
‘Orang islam tak mungkin bersepakat diatas kesesatan’ dengan Username " Din’s ".          
Untuk lebih jelasnya akan endra postingkan makna Jama’ah, lain kali, Insya Allah )
4. Jalan keluar yang lainnya dari sekian banyak petunjuk dari Para ulama adalah dengan menjauhi
segala macam bentuk perpecahan pada tubuh kaum muslimin terutama yang dimotori oleh fanatisme golongan dan kelompok. Alias melepaskan "belenggu-belenggu hizbiyah" dari kepala dan hati kita kaum muslimin.
5. Tetap menumbuhkan semangat untuk tetap bersatu dalam kebaikan dan ketakwaan. Dan ini merupakan suatu kewajiban yang dibebankan kepada setiap umat Islam pada umumnya dan para da’i dan thalibul ilmy pada khususnya.
6. Adapun mengenai 72 golongan yang fin-Nar, ada memang ulama yang menyatakan bahwa 72 golongan tersebut di sebutkan anu, anu ,.., dan anu sehingga jumlahnya 72. Tetapi dalam hal ini Para ulama mengatakan bahwa yang 72 golongan dari umat islam ini sifatnya ghaibiyah, karena memang tidak ada Nash yang menerangkan. Jadi keliru kalau mencari-cari anu,..dan anu,hingga jumlahnya 72 golongan. Yang patut kita cari, pelajari dan amalkan adalah manhaj wahidatun fil Jannah (Al-Firqah An-Najiyah) yang mana diterangkan secara gamblang didalam Nash, yaitu
Al-Jama'ah dan juga kita harus menghindar dari hal-hal yang menyimpang dari Al-Jama'ah. Kita dituntut untuk tau kaidah-kaidah pemikiran /amalan atau indikasi pemikiran (fiqrah) yang menyimpang dan atau berpisah dari Al-Jama'ah.

(dari http://www.bicarasufi.com)